Tuesday, April 24, 2007

PENULISAN YANG LAHIR DARI HATI...

Menulis, semua orang boleh menulis. Ia adalah satu kepuasan untuk diri sendiri. Ada yang menulis untuk glamor, ada yang menulis kerana sedih, ada yang menulis kerana geram, ada yang menulis kerana gembira, ada yang menulis sebab nak hentam orang dan macam2 lagi sebab musababnya. Tapi... penulisan yang paling ikhlas adalah yang datang dari hati beserta ilmu yang cukup di dada.

Saya menemui beberapa blog yang sangat saya suka untuk membacanya selalu. Bahkan kalau boleh tidur pun nak mimpi blog tu,hehe... tapi apakan daya masa tu terbatas.

Bila diamati, penulisan mereka bukan untuk glamor tetapi sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman bersama. Penulisan mereka sangat jujur disamping pengetahuan tentang dunia IT yang amat saya kagumi. Dengan gaya penulisan yang agak ringkas dan bersahaja serta penguasan bahasa yang baik. Mereka antara orang2 yang saya kagumi dan saya linkkan tanpa segan silu. Ikutkan hati, ingin menjadi seperti mereka tetapi masih banyak yang harus dipelajari. Semoga saya dapat menjadi di kalangan orang2 yang berilmu dan menggunakan telinga, mata dan hati sebaik mungkin. InsyaAllah :-)

Monday, April 23, 2007

HENTIKAN!!!

' Life is begin at 40... ' itu ungkapan yang agak famous bagi golongan Adam. Untuk kaum Hawa pulak mungkin ungkapan ini boleh diambil pakai, ' Life is getting worst at 40 '. Hehe... Betul ke? Rasanya memang betul kot tapi macam ada jugak yang tak kena. Mmm... apa tu agaknya?

Biasalah, bila dah sampai 40 masalah rabun dekat dah ada ( saya pun bila dah 40 pun macam tu lah agaknya, hehe ). Tapi ada sesetengah dari kita menidakkan akan masalah itu. Apa maksudnya tu? Sesetengahnya suka membiarkan saja rabun dekat itu, katanya ' Takpe, mata saya boleh tahan lagi. boleh cope lagi ' dan ada juga, ' Eh, jangan pakai spek nanti power makin naik '

Jangan macam tu, kita pakai ke tak pakai ke, lambat laun power kita akan naik juga ikut pengiraan umur. Kalau pakai sekarang, otot mata kita akan lebih rilex dan tak stress. Oleh itu, ini akan dapat mengurangkan pening kepala. Lagipun, kerja pun boleh dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Kalau pening disebabkan mata, jangan diselesaikan dengan memakan ubat seperti panadol, uphamol atau sebagainya. Penyelesaiannya sangat mudah hanya dengan memakai cermin mata supaya masalah rabun dapat dibetulkan. Kalau makan ubat, kita lagi bagi racun untuk diri kita. Oleh itu, attitude yang salah jangan diteruskan. Hentikan terus!!!

Saturday, April 21, 2007

WARNA ATAU LUTSINAR

Kebelakangan ini, ramai di antara pemakai kanta lekap atau contact lens (CL) lebih menggemari pemakaian CL berwarna. Kenapa agaknya?

1. Agaknya nampak lebih menarik dari kebiasaan kot. Maklumlah, kebanyakan CL berwarna dicipta untuk membuatkan mata kelihatan lebih besar dari normal. So, mata nampak ala2 mat saleh sikit atau pelakon hindustan pun ok jugak. Kot2 boleh jadi macam Aisywarya Rai pun ok gak!hihihi...

2. Untuk menutup mata yang cacat. Mungkin sesetengah dari kita pernah melalui episod hitam. Misalnya, kemalangan jalan raya yang menyebabkan mata menjadi cacat akibat luka pada kornea yang sudah tidak dapat disembuhkan. Selalunya, ia akan meninggalkan parut yang kekal. Jadi untuk menutupi kesan itu eloklah dicadangkan penggunaan CL berwarna.

3. Senang dijumpai jika hilang atau terjatuh. Maklumlaa, bila dah berwarna tu, senang laa nak tengok.

Dan banyak lagi alasan2 yang releven dengan pemakaian CL berwarna. Apa2pun, saya juga adalah salah seorang pemakai CL berwarna :-)

NOTES:

1. COSMETIC CONTACT LENS
2. PROSTHETIC CONTACT LENS