Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan Blogger semua.
Cantik tak pemandangan Great Ocean Road dalam gambar tu? Jelas, tenang dan saujana mata memandang kan. Cermin mata yang saya pakai tu pulak macamana? Ada yang berkenan? Kalau berkenan, jomlah cek mata dengan saya. Saya ada banyak stok frame yang trendy dan fashionable... Harga pun berpatutan. InsyaAllah mampu milik.
Ok, pada minggu lepas saya menerima banyak feedback mengenai jangka hayat cermin mata rakan-rakan semua di Facebook saya. Terima kasih kerana sudi respon dan membantu saya secara tidak langsung. Pada petang ini, saya juga ingin berkongsi tulisan ini di blog rasmi saya.
Jadi, dapat saya simpulkan ramai yang memilih untuk menukar cermin mata setelah cermin mata yang dipakai rosak. Selagi boleh pakai biasanya kita belasah sampai lebam huhuhu. Mungkin anda ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian.
Tapi secara hakikatnya, penukaran cermin mata elok dilakukan setelah mendapat khidmat nasihat dari optometris anda. Sebelum tu mesti dilakukan pemeriksaan mata dahulu betul tak?
Bila pemeriksaan mata sesuai dijalankan? Pemeriksaan berkala adalah setahun sekali bagi yang dewasa berumur melebihi 12 tahun dan 2 tahun sekali bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Pemeriksaan ini sangat penting untuk melihat sejauh mana perkembangan kesihatan mata anda. Selain itu, perkara-perkara yang tidak diingini juga dapat dielakkan seperti kebutaan atau kecederaan kekal pada mata. Pengesanan awal penyakit juga dapat dilakukan antaranya kencing manis, darah tinggi, keratoconus, katarak, glaukoma dan lain-lain.
Jadi, kesimpulannya kalau nak tengok pemandangan cantik macam gambar tu, ready untuk buat pemeriksaan mata berkala.
Jangan takut dengan optometris anda, kerana kerja kami tidak lain hanyalah ingin membantu anda untuk mendapatkan penglihatan yang baik dan sihat.
Selepas jumpa optometris, barulah anda tahu perlu tukar atau tidak cermin mata anda. Nak fesyen atau bajet, ikut selera masing-masing.
Love,
Damia. :)