Wednesday, November 22, 2006

DULU CLEAR, SEKARANG BLUR....


Adoi... sakit hati rasanya, bila mata yang dulunya boleh melihat dengan jelas tiba-tiba menjadi kabur. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang melebihi umurnya 40 tahun. Orang kata (cleaq mata, yes buaya).

Cakap-cakap mengatakan, bila mata mulai kabur, umur kita sudah dihujung usia. Jadi, apa kita nak lakukan? Dok diam ke? Atau redha saje dengan ketentuan tuhan?

Jawapannya senang sahaja, sebagai manusia kita perlu berusaha menangani setiap masalah. Bak kata "Bekerjalah kamu seolah-olah hidup selama-lamanya, beramal ibadahlah sepertimana kamu mati esok".

Caranya,senang saja;

1) Temui optometrist, untuk melihat sejauh mana masalah visual yang anda alami. Adakah disebabkan masalah refraksi atau penyakit okular. Jika masalah refraksi, minta optometsist membuat semakan refraksi yang terbaik untuk anda. Jadi, masalah selesai dan anda senang beraktiviti. Tetapi, jika masalah berkaitan dengan okular, apa perlu di buat.

2) Jangan bimbang! Jika masalah okular anda masih ditahap awal. Insyallah, masalah anda akan mudah diatasi. Bagaimana caranya? Anda perlu menemui oftalmologist ataupun pakar mata. Aturlah temujanji anda dengannya...

Satu perkara yang anda harus ingat, apabila masalah okular seperti katarak, diabetic retinopati non proliferatif dan yang lain-lain dapat diatasi, anda masih lagi memerlukan pembetulan refraksi dengan cermin mata. Selalunya, pembetulan refraksi pada tahap ini tidak dapat memberi kepuasan maksima.

Jadi, kekuatan fizikal dan mental perlulah selari dengan masalah yang dihadapi supaya kita dapat menempuhinya dengan redho.

Sesetengah penyakit sistemik seperti darah tingi, kencing manis dan jantung lebih menjurus kepada penyakit okular. Bagi mengelakkannya berlaku, anda perlulah kerap melakukan pemeriksaan tahap kesihatan tentang penyakit yang berkaitan, supaya ia tidak menjejaskan mata. Jika tidak, ia boleh berlarutan dan menyebabkan kebutaan.

3) Tetapi, bagaimana jika semuanya telah dilakukan, tapi penglihatan masih belum juga dapat dibetulkan walaupun sedikit? Apatah lagi jika doktor mengesahkan penglihatan anda semakin hari akan berkurangan sehingga penglihatan anda akan terus hilang dari kebiasaan? Atau erti kata lain, anda akan buta... (Gluocoma Acute, Age-Related Macular Degeneration, Diabetic Retinopati Proliferatif dan lain-lain)

INILAH SATU HAKIKAT PAHIT YANG HARUS DITELAN.

Sebagai manusia, kita hendaklah redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Oleh itu, pelbanyakkan berdoa pada tuhan semoga kita dibawah lindunganNya samada dalam keadaan senang ataupun susah. Berdoalah juga, semoga anak-anak kita ada bersama disaat kita memerlukan. Walau sesibuk manapun, dia sentiasa ada.

OLEH ITU SENTIASALAH JAGA TAHAP KESIHATAN SUPAYA SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK.

Monday, November 13, 2006

APA ITU MPS?

Pemakai kanta lekap atau contact lens (CL) tentu biasa dengan perkataan MPS. Bagi kita yang tidak memakai CL, tentu tertanya-tanya apa itu MPS?

MPS-mulitipurpose solution. Larutan pelbagai guna untuk pemakai CL. Larutan ini bertindak bagi mencuci, membilas, menyimpan dan menyahinfaksi CL.

Tapi, bagi penggemar CL berwarna, adakah anda sedar bahawa sesetengah MPS tidak sesuai digunakan?

MENGAPA? KENAPA? APA SALAHNYA?

Jawapannya sangat mudah. Sesetengah MPS mengandungi hidrogen peroksid yang bertindak sebagai ejen peluntur. Jika terus digunakan, lama-kelamaan warna CL akan menjadi pudar.

Cara untuk membezakan MPS yang mengandungi ejen peluntur dengan yang biasa mudah saja. Perhatikan pada kotak MPS, jika tertera tulisan SEPT pada hujung nama MPS tersebut... Jelaslah untuk pemakai CL yang bewarna.

OLEH ITU,BERINGATLAH SEBELUM BELI!!

Saturday, November 11, 2006

KECEMASAN 1

Gaya hidup mereka yang aktif tentu sekali berbeza dengan mereka yang menjalani kehidupan normal terutama sekali bagi pemakai kanta lekap.

Kekadang kita terlupa menitikberatkan soal keselamatan mata dalam keseronokan melakukan aktiviti lasak seperti bersukan, melancong dan sebagainya. Apabila mata menjadi merah, gatal, sakit dan sebagainya, kita menjadi panik kerana tidak dapat bertindak.

Oleh itu, sebelum anda mengalami masalah2 di atas dalam keadaan yang panik, di sini saya cadangkan beberapa perkara.

1. Bawalah multipurpose solution (MPS) walau ke mana saja anda pergi. Sebaik2nya, gunakan botol kecil untuk menjimatkan ruang bagasi anda. Pastikan MPS anda berada dalam keadaan yang baik.

2. Bawa bersama casing (tempat menyimpan kanta lekap).

3. Jangan lupakan cermin mata anda. Ini penting terutama bagi anda yang melancong ke kawasan yang tidak pernah dilawati (dikhuatiri dalam kes tertentu mata anda tidak dapat memakai kanta lekap).

4. Air mata tiruan (eye drops) khas untuk pemakai kanta lekap.

5. Kanta lekap spare takut2 kanta lekap anda koyak atau hilang.

*Bagi anda yang memakai kanta lekap bagi tujuan kosmetik, anda hanya perlu patuhi cadangan 1,2 dan 4 sahaja.

Friday, November 03, 2006

ADA KE BUDAK KECIL PAKAI KANTA SENTUH?

Bunyi macam tak logik tapi ini memang satu realiti. Walaupun kesnya amat jarang ditemui tetapi ia benar2 berlaku.

Bagaimana ia boleh terjadi? Ada beberapa penyebab antaranya aphakia, rabun jauh yang terlalu tinggi dan lain2. Selalunya lebih kepada masalah kongenital.

Cadangan pemakaian kanta sentuh adalah untuk mengelakkan ambliopia di kalangan kanak2. Ia juga bagi membantu penglihatan kanak2 yang tidak mengerti dan menilai apa itu cermin mata. Contohnya bagi anak2 yang berumur kurang dari 2 tahun.

Bagaimanakah caranya sekiranya kes seperti ini berlaku kepada kita? Apa nak buat? Di sini saya sediakan sedkit cadangan;

1. Belajar cara pengurusan kanta sentuh yang sempurna. Ini penting untuk mengelakkan sebarang infeksi dan kecederaan pada kornea anak anda.

2. Sentiasa utamakan kebersihan terutama kebersihan tangan dan komponen kanta sentuh.

3. Sentiasa bawa komponen kanta sentuh anak anda ke mana saja anda pergi bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Sekiranya pembetulan refraksi masih boleh dilakukan dengan cermin mata tanpa perlu bertukar kepada kanta sentuh, itu adalah lebih baik. Pelbagai masalah boleh berlaku sekiranya langkah2 kebersihan penjagaan kanta sentuh diabaikan.

Wednesday, November 01, 2006

'BILA ANAKKU KENA PAKAI SPEK'


Tentu kita sedikit panik apabila si kecil kita terpaksa memakai cermin mata. Apa perlu kita lakukan? Nak pilih spek macam mana? Sesuai ke tak? Boleh ke anak kita menerima kenyataan? Dan macam2 soalan yang menghantui fikiran kita.

Jadi, bagaimana untuk mengatasinya? Caranya mudah saja. Jom ikuti penerangan di bawah;

1.Tenangkan diri anda dan jangan cepat panik.

2. Bawa preskripsi doktor atau optometrist (jika pemeriksaan dilakukan di hospital) ke premis optometrist untuk tindakan selanjutnya. Refraksi mata bagi kanak2 bawah 12 tahun elok dilakukan selepas dilatasi pupil.

3. Pilih frame yang bersesuaian. Seeloknya pilih frame dari material plastik supaya ia tidak mudah patah.

4. Jangan lupakan ‘spectacle chain’ yang bersesuaian dengan umur anak anda. Ini bagi mengelakkan spek dari ‘misplace’.

5. Bagi anak yang terlalu kecil, bantuan ‘earpiece’ amat perlu bagi mengelakkan spek dari longgar.

6. Dapatkan nasihat atau pandangan dari optometrist bertauliah.

Tuesday, October 31, 2006

BAGAIMANA MENGESAN RABUN DI KALANGAN KANAK2

Pada zaman sekarang, ramai kita lihat anak2 kecil sudah mula memakai cermin mata. Ada antaranya sekecil setahun atau kurang. Kebanyakan pembetulan refraksi yang dilakukan berada pada tahap yang memuaskan iaitu 6/6 dan ada antaranya tidak.

Supaya kejadian yang tidak dingini berlaku, pengesanan pada tahap awal amatlah penting. Jadi, bagaimana untuk mengesannya? Di sini saya berikan sedikit tips untuk anda mengesannya.

1. Anda dapat lihat betapa dekatnya jarak anak anda menonton televisyen mahupun membaca buku.

2. Anak kecil anda melihat objek jauh dengan cara mengecilkan mata.

3. Anak comel anda melihat huruf o atau nombor 0 seperti Q.

4. Anda dapati prestasi pelajaran anak anda merosot atau tiba2 dia malas ke sekolah.

5. Bayi comel yang anda lahirkan memiliki mata hitam yang lebih besar dari kebiasaan (nampak comel tapi bahaya, mungkin bayi anda mengalami glaucoma kongenital).

6. Ada tompokan putih pada mata hitam (mungkin mengalami katarak kongenital).

Dan yang paling penting, jika si kecil mengadu kabur apabila melihat objek jauh, anda janganlah mengabaikan aduannya. Segeralah berjumpa optometrist yang bertauliah.

Kita haruslah ingat pembetulan rabun jauh untuk kanak2 haruslah dilakukan segera sebelum mencapai usia 12 tahun. Ini penting bagi membantu tumbesaran dan proses pembelajaran agar tidak terjejas. Selain itu, ia penting untuk sesi terapi agar tidak terlewat.

Monday, October 30, 2006

ANTARA PENYEBAB RABUN

Ada segelintir dari kita terfikir2 apakah penyebab rabun. Di sini saya nyatakan secara ringkas penyebab rabun.

1. GENETIK

Genetik seperti bangsa. Kajian di Malyasia mendapati bangsa Cina merupakan populasi yang paling ramai mengalami miopia diikuti Melayu dan India. Bangsa India pula mempunyai risiko yang tinggi menghidap keratokonus.

2. TABIAT MEMBACA

Jarak membaca terlalu dekat boleh membuatkan otot mata menjadi kejang dan penat.

3. PERSEKITARAN

Bekerja seperti menulis dalam keadaan gelap juga boleh menyebabkan rabun.
Selain itu, tabiat kerja seperti penggunaan 1 mata

Saturday, July 22, 2006

ADUH

Dalam 3 minggu yang lalu datang seorang wanita dalam lingkungan umur akhir 40an ke kedai untuk melakukan pemeriksaan mata di kedai saya. Dan saya tahu tujuan kedatangan dia ke kedai saya juga sebenarnya untuk membuat cermin mata.

Saya seperti biasa melakukan pemeriksaan mata ke atas pelanggan saya itu. Cek punye cek, rupa2nya dia + power. Maksudnya dia mengalami masalah rabun jauh jenis hiperopia. Saya juga tidak lupa melakukan pemeriksaan untuk jarak dekat dan tak syak lagi dia pun ada masalah rabun dekat. Saya tanpa berlengah prescribe lah kedua2 power untuk jauh dan dekat untuk dia.

Kakak tadi bagitau saya, dia tak nak buat multifokal (MF). Dia nak buat 1 spek untuk jauh, 1 spek untuk dekat. Saya kata MF lebih senang tapi dia kata tak ada spek yang berkenan kat hati dia untuk buat MF. Saya pun ikut je lah apa yang customer saya ni nak. Maklumlah customer always right.

Saya perhatikan jugak apa yang customer saya ni pakai buat masa ni. Dia mesti pakai sesuatu untuk membantu penglihatan rabun jauhnya. Maklumlaa, rabun jauh dia agak teruk. Tengok punya tengok, mm... sah dia memang pakai spek, tapi ready made punye. Maklumlaa plus power, senang nak cekup spek kat memana. (Ready made ni spek yang tunjuk2, rasa2 nampak, boleh beli dan pakai).

Setelah berfikir panjang, saya bagilah pembetulan penuh rabun jauh. Menyedari dia tak pernah pakai spek yang betul2 accurate ikut power dia, saya pesan kat dia kalau ade apa2 datanglah balik kedai. Saya tahu penyelesaiannya begitu.

2 hari lepas customer tadi datang ke kedai saya. Dia datang sebab nak tengok sama ada stok frame ada atau tidak disamping ada sedikit urusan lain dengan saya. Dia mengadu pada saya, cermin yang dipakai sekarang tak nampak dekat, tetapi bila tengok tv dan memandu puas sangat.

Aduh! Alahai!... Frust betul saya, tapi tak laa sampai tahap geram. Kenapa ek? Sebenarnya bagi mereka yang ada kedua2 masalah rabun jauh dan dekat, sebaik2 penyelasaian ialah memakai cermin MF atau BIFOKAL. Saya sedar saya tak dapat nak ajak semua orang pakai jenis2 spek yang saya nyatakan itu. Jadi, bagi mereka yang memilih untuk memakai spek jauh saja tanpa membuat pembetulan bagi rabun dekatnya, tentulah takkan nampak dekat. Tapi jika pembetulan penuh tidak diberikan untuk jauh, spek masih boleh diguna untuk kedua2 jarak tetapi kepuasan maksima tidak akan diperoleh. Dengan kata lain, kita memang pakai spek untuk pembetulan jarak jauh tapi takde laa clear sangat sebab nak bagi dekat terang jugak. Pada hakikatnya, kita just boleh nampak tapi sebenarnya tak de lah clear sangat.

NANTI KITA CERITA LAGI...

Tuesday, July 11, 2006

GENG2 HOSPITAL

Pada sebulan yang lepas saya menerima kunjungan seorang sahabat yang bekerja di sebuah hospital kerajaan. Dia membawa kedua ibubapanya yang nak buat spek baru.

Saya terfikir kenapa kawan saya bawak mak ayah dia ke kedai saya? Adakah dia nak dapat harga murah? Atau nak dapatkan pemeriksaan mata dari saya? Atau nak tolong kawan yang baru bukak kedai spek?

Apa2pun niat kawan saya, saya menerimanya dengan hati yang terbuka... :)

Sambil2 mak dia pilih frame yang sesuai dan diperhati oleh ayah dia (ayah dia pilih frame yang dibeli dari kedai lain), tiba2 saya terfikir dan saya dapat rasakan yang kawan saya datang kerana ingin mendapatkan harga yang special dari saya... Maklumlah, pada minggu sebelumnya, kawan saya ini datang melawat kedai dan dengan tak sengaja dia buat cermin mata baru untuk dirinya. Saya pun tak sangka dia akan buat spek baru kerana pada waktu itu kami berdua hanya berborak2 kosong.

Selesai mak kawan saya pilih frame, saya bagitahu kawan saya, pergilah cek mata mak kat dalam, lepas tu cek mata ayah pulak tapi kawan saya diam saja. Nampak gaya macam saya kena cek mata parents dia. Mungkin dia tak nak tanggung risiko kalu parents dia tak sedap pakai spek tu nanti. Maklumlaa... bukan kedai sendiri.

Cek punya cek mata parents kawan saya, dapat disimpulkan rupa2nya ayahnya dah pakai power reading yang lebih untuk 9 bulan dan power reading ibunya pun dah naik. Tengok punya tengok, spek mak dia yang lama senget bangat tapi nak buat macam mana dah beli kenalah pakai jugak. Spek lama ayah dia pulak coating dah rosak walaupun tak sampai setahun pakai.

Selidik punya selidik saya pun recommend kedua2nya cermin yang diperbuat dari France yang bersesuaian dengan frame yang dipakai masing2...

2 minggu selepas itu mereka pun datang kembali ke kedai untuk ambik spek yang dah ditempah. Apa yang paling memuaskan hati saya ialah apabila kedua2 ibubapa kawan saya berkata,'Haa... ni lah baru puas' dan 'Ok, sedap'.

Kepada sahabat saya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dia kerana memberi peluang kepada saya meningkatkan skill saya dalam pemeriksaan mata disamping meningkatkan sale kedai. Dengan kata lain, dia antara orang terawal memberi sokongan kepada kedai saya walaupun kami tidak serapat mana.

2 minggu lepas, kakaknya pula datang buat spek dengan saya :)


Saturday, June 10, 2006

KANTA SENTUH

Kanta sentuh (Contact Lense) mampu menyerlahkan penampilan seseorang. Tapi kadang2 kita keliru dengan jenis2 kantan sentuh yang terdapat di pasaran. Oleh itu mari kita belajar tentang jenis2 Kanta Sentuh.

Kanta sentuh juga dikenali sebagai kanta lekap. Ia adalah salah satu bantuan optik untuk membetulkan kesalahan refraksi mata.

Tahukah anda ada berapa jenis kanta sentuh yang terdapat di pasaran?

Kanta sentuh ada 2 jenis iaitu Kanta Sentuh Lembut (Soft Contact Lense) dan
Kanta Sentuh Keras (Rigid Gas Permeable).

1) Kanta Sentuh Lembut (Soft Contact Lense)

Jika anda ingin mengenali bagaimanakah rupa kanta sentuh lembut, caranya mudah sahaja. Cuba anda perhatikan kanta sentuh yang terdapat dipasaran. Teksturnya sangat lembut dan senang dijaga.
Kanta sentuh lembut terbahagi pada 2 jenis iaitu permenant wear dan disposable wear. Kedua2nya apabila sudah dipakai mesti dicuci dan disimpan di dalam bekasnya. Perbezaan antara kedua2nya ialah:

Kanta Sentuh Lembut Permenant
1. Tempoh pemakaian 10-12jam.
2. Boleh digunakan sehingga 2 tahun bergantung pada cara penjagaan.

Kanta Sentuh Lembut Disposable
1. Tempoh pemakaian 8-10jam.
2. Tempoh penggunaan bergantung pada jenis kanta sentuh disposable yang anda miliki.
Ada yang boleh pakai 1 hari terus buang, atau 2 minggu baru boleh buang, atau sebulan baru buang.
Kebaikan kanta sentuh disposable adalah kebarangkalian terkena infection kurang.

2) Kanta Sentuh Keras (RGP)
Penggunaan adalah sangat jarang. Selalunya bagi mereka yang mengalami masalah rabun jauh yang tinggi (-12.00DS), pemakaian RGP adalah lebih baik.

PENERANGAN LEBIH MENDALAM AKAN DITERANGKAN KEMUDIAN.

Saturday, May 20, 2006

RABUN


Rabun... Satu perkataan yang begitu sinonim dengan mata. Tetapi adakah kita tahu rabun dikategorikan kepada berapa bahagian?

Rabun secara kasarnya boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

1) rabun jauh
2) rabun dekat dan
3) rabun silau.

Apakah beza antara ketiga2nya?

1) Rabun jauh ditafsirkan apabila seseorang tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas. Ia dikenali sebagai miopia.

Miopia

Terjadi apabila bola mata lebih panjang dari saiz biasa. Ini membuatkan imej sesuatu objek yang dilihat terbentuk dihadapan retina.

Miopia boleh terjadi pada semua peringkat umur.

Selalunya tidak mempengaruhi objek dekat yang dilihat kecuali kesalahan refraksi (power mata) melebihi -4DS. Ini kerana mata hanya mampu melihat objek dekat dengan jelas pada jarak maksima 25sm sahaja mengikut kiraan optik (tidak perlu menggunakan cermin MF untuk membetulkan miopia tinggi).

Boleh dibetulkan (bukan diubati) menggunakan bantuan optik seperti cermin mata, kanta sentuh dah LASIK.


************************************************

2) Rabun dekat terjadi apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu presbiopia dan hiperopia.

2a) Presbiopia

Terjadi apabila tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia tidak mempengaruhi penglihatan jauh anda. Penghidap terpaksa menjarakkan objek yang dilihat dari mata untuk mendapatkan kepuasan membaca.

Presbiopia selalunya bermula apabila umur mengenjak 40 tahun dan ke atas. Ini kerana kekurangan elastisiti otot mata menurun mengikut umur. Baru2 ini, terdapat kes penghidap rabun dekat yang baru berusia 13 tahun. Kes2 sebegini adalah jarang dan disebabkan faktor lain seperti kemalangan.

Rabun dekat boleh dibetulkan menggunakan cermin mata, kanta sentuh dan juga LASIK.

2b)Hiperopia

Terjadi apabila bola mata pendek dari normal. Penghidap selalunya akan berasa kabur apabila melihat objek dekat dan selalunya akan disusuli oleh sakit kepala.

Hiperopia selalunya mempengaruhi penglihatan dekat dan jauh penghidapnya. Kebanyakan mereka yang mengalaminya adalah di kalangan kanak-kanak dan dewasa.


Hiperopia lebih selesa dibetulkan menggunakan kanta sentuh berbanding cermin mata.


************************************************

3) Rabun silau dikenali sebagai astigmatisma. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatisma yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap sebarang cahaya yang dilihat terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Astigmatisma disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak sekata.

Boleh diubati menggunakan kanta sentuh dan cermin mata.

************************************************

SEMUA PENERANGAN DI ATAS HANYALAH SECARA KASAR SAHAJA DAN HANYA UNTUK PEMAHAMAN MEREKA YANG DILUAR DARIPADA BIDANG OPTIK MAHUPUN PERUBATAN.

Wednesday, May 10, 2006

TERIMA KASIH IBU :)


Hari ini hati saya rasa sayu saja. Barangkali hujan yang turun membuatkan hati saya tersentuh. Langsung teringat akan ibu yang telah membesarkan saya selama ini.

‘Ibu oh ibu! Jika dihitung akan bakti yang dicurahkan olehmu untuk membesarkan anak2mu tentu tak terkira banyaknya…’

Saya rasa sangat2 terharu dan tersentuh dengan segala pengorbanan yang dicurahkan ibu untuk membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Jika dikira logik akal, bagaimana hanya dengan duit pencen ayah yang sedikit, kami boleh hidup bahagia pada saat itu hingga kini.

Semua itu hanya kerana celik akal yang ibu miliki. Walaupun ibu tidak pernah bersekolah, ibu berusaha untuk menghantar kami semua belajar hingga berjaya (walaupun dulu saya ada malas2 sikit. Hehe…). Dan semua itu terjadi kerana ibu telah memilih pasangan yang betul untuk mengharungi hidup bersama walau untuk seketika. Terima kasih untuk aruah ayah yang telah memimpin ibu semasa hayat masih di badan. Semuanya tidak mampu saya luahkan dengan kata2.

Kini, giliran saya pula mencurah bakti kepada ibu. Antara sedar atau tidak, batas2 waktu yang dimiliki oleh ibu sudah agak terbatas. Usia ibu makin hari makin mengenjak. Harapnya masih ada waktu dan kesempatan untuk saya pula berbakti kepada ibu seperti mana abang2 dan kakak2 lakukan. Terima kasih kepada mereka kerana telah membantu menjaga ibu sewaktu saya masih menuntut dulu.

Saya sedar jasa yang ibu curahkan amat besar dan tidak terbalas oleh saya. Namun, saya akan berusaha dengan apa yang ada di tangan. Umur ibu dan saya juga makin hari makin meningkat. Entah siapa yang dipanggil dulu. Apa yang pasti, ibu telah memberikan contoh yang baik buat saya. Semoga saya dapat mewarisi kebaikan yang ada pada ibu. Jika tidak pun, saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti ibu. Saya ingin sangat menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan akhirat nanti. Kejayaan yang saya harapkan nanti dengan cara yang paling baik dan dihormati… bukan sebaliknya.


TERIMA KASIH IBU

Thursday, May 04, 2006

AAH! TAK PAYAH BELAJAR TINGGI2 ?


"Eh Dami ! Tak payah belajar tinggi2… ada duit boleh bukak bisnes macam saya…’

Biar betul ni? Apa betul ke statement kat atas?

Hmmm... Itulah kata2 yang saya dengar semasa bekerja dengan sebuah syarikat swasta (kedai cermin mata) suatu ketika dulu. Kata2 tu keluar dari mulut orang penting juga kat company tu. Masa dengar tu saya diam jer. Terkejut pun ada. Tak sangka kata2 tu lahir dari lidah seorang Melayu.

Kemudian, teringat satu peristiwa setahun sebelumnya. Pada waktu tu, anak saudara saya dan kawan2nya dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari SDAR (cuti semester). Semasa dalam keretapi, mereka bertemu dan berborak dengan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an. Tiba2 terkeluar kata2 dari mulut lelaki tadi, ‘Tak payah susah2 sekolah dik… esok, lusa, bila kerja, gaji bukannya besar sangat pun… Zaman sekarang, duit yang penting dik'. Cuti anak buah pun menjadi suram dek kata2 tadi...

Hmmm... betul ke tu pemikiran Melayu zaman kini macam tu? Secetek tu? Atau anak buah saya yang tak kuat semangat? Atau memang Melayu suka dengki sesama Melayu? dan macam2 lagi kemungkinan yang kita rasa...

Secara logiknya semua persoalan di atas adalah benar :)

Jadi, apa penyelesaiannya?

Sebenarnya, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Melayu ke, Cina ke, India ke, jika kita sedar asas penciptaan kita ke bumi ini, tentu kita akan dapat jawapannya...

Sama2 kita tatapi baris berikut ini:

TANPA ILMU

Tanpa ilmu, kata2ku terbatas, sebatas2nya...
Tanpa ilmu, pemikiranku sempit, sesempit2nya...
Tanpa ilmu, perbuatanku menyeksakan, seseksa2nya...
Tanpa ilmu, hatiku kelam, sekelam2nya...
Tanpa ilmu, jiwaku kotor, sekotor2nya...
Tanpa ilmu, peribadiku hina, sehina2nya...
Tanpa ilmu, siapalah aku...

Anda bagaimana ?

Tuesday, May 02, 2006

SEBULAN MASIH RASA PENING

"MENGAPA PAKAI SPEC LEBIH SEBULAN MASIH RASA PENING & TAK SELESA?"


"MENGAPA? MENGAPA?!!"

Adoi!! Mesti rasa sakit hati & geram bila tempah satu barang mahal tapi hasil tak setimpal...

Tak kiralah spec ke, kereta ke, rumah ke, or even makanan tak sedap pun kita complain...

Apakah kita cerewet? Or diorang (pekedai) nak duit lebih? Apa kita ni cop pitis? Macam2 lagi lah kemusykilan bermain dalam minda kita.

Hmm... Bawa bertenang, relax dan tarik nafas dalam2...

Tak pakai spec pening. Pakai spec lagi pening. Macam mana tu?

Selalunya kes sebegini terjadi kepada pemakai spec multifokal (MF). Rasa pening, mual dan sampai rasa nak pitam. Kenapa fenomenanya sampai macam tu?


Dalam entri pertama, saya menjelaskan bahawa pemakaian spek MF adalah seolah2 seperti memakai 3 spec dalam 1 masa. Pelik tapi benar. Ini kerana fokus bagi kanta MF adalah pelbagai, dan disebabkan itulah kita dapat melihat pada jarak yang pelbagai. Dan disebabkan itulah juga kita merasa bumi menjadi senget, tengok kereta tak kemek pun jadi kemek dan macam2 lagi. Betul tak?

Kenapa? Tak percaya? Mari baca lagi...

Pada cermin MF, ada 3 fokal utama iaitu titik fokal jauh, pertengahan dan dekat.


Selalunya, kedudukan titik fokal jauh mesti berada pada kedudukan yang betul. Kat mane tu? Pada pupil mata iaitu anak mata hitam kita (fokal jauh bertujuan memberikan fokus jauh yang terbaik). Bila kedudukan fokal jauh tak kena, mulalah kita rasa tak selesa, kabur, pening dan sewaktu dengannya.

Faktor2 penyebab mengapa MF tidak selesa dipakai:

1. Kecuaian dalam pemotongan cermin MF

a. Potong tak centre dan senget, bahagian kanan jadi kiri, bahagian kiri jadi kanan, bahagian reading tidak berada di tempat sepatutnya (our eyes will converge while reading) dan macam-macam lagi yang bertambah sakit kepala kita.

b. Pihak kedai dah repair. Siap bagi MF baru lagi kat kita. Diorang kata lepas 2-3 hari oklah... Tak pun seminggu... Tak pun sebulan... Depends pada tahap penerimaan individu (adaptation period)... Ish! Sebenarnya, tak perlu terlalu lama untuk sesuaikan dengan mata!

2. Material


Material murah selalunya mengambil masa yang lama untuk sesuai dengan mata.

3. Penyakit Sistemik


Ikut pemikiran kasar kita, penyakit ni macam tak mempengaruhi penglihatan. Tapi jangan tak tahu... mutu visual pesakit kencing manis (serius) akan terjejas sekiranya tahap glukose tinggi. Ini kerana mutu visual bergantung pada tahap glukose pesakit. Masa refraksi (check mata) dilakukan power lain, masa cermin diambil power lain. Begitu juga lain2 penyakit yang berbeza kesannya seperti darah tinggi, jantung etc.

4. Power


Power mata kanan dan kiri terlalu berbeza.
Contoh: Kanan: -1.00DS, Kiri: -5.00DS
Power macam contoh di atas mesti cek betul2 jika tak memang pening!!

Jika kesilapan terjadi, satu mata akan lihat objek besar, satu mata lagi objek kecil.

Banyak sebab lain lagi mengapa MF tidak selesa untuk dipakai tapi apa yang penting refraction (cek power mata) yang dilakukan adalah tepat.


Tapi jika dah berbulan dicuba dan tak selesa jugak, mana boleh!! Tak mungkin sebegitu lama... There must be something wrong somewhere...

...but MOST PROBABLY POWER yang salah !!!


Monday, May 01, 2006

RABUN .... SEPET .... CEME

Saya cuba untuk menjawab permasalahan MBA seperti dibawah (dalam tulisan biru).

MBA: LEBIH kurang setahun yang lalu, saya pergi buat cermin mata di sebuah kedai. Kita namakan sebagai kedai "A". Enam bulan selepas itu cermin mata tersebut pecah. Oleh kerana saya perlukan pengganti dengan cepat, saya pergi ke kedai "B" yang berdekatan dengan ofis. Kemudian minggu lepas saya ke kedai "A" semula nak buat cermin dan bingkai yang baru.

Kedai A (setahun lalu):

Cermin (bukan bingkai) awak ni tak bagus. Ia dari cermin yang murah. Saya cadangkan awak tukar kepada cermin jenis xxx yang bagus. Multi-coated, multi focal dan macam-macam lagi. Harga cuma RM700 saja (lensa sahaja). Jika mahu cermin (atau plastik) yang tak pecah, tambah RM200 saja. Akhirnya saya buatlah cermin yang berharga RM700 tu.

Sebelum saya menjawap permasalahan MBA izinkan saya terangkan serba sedikit tentang material kaca/plastik yang digunakan untuk membuat cermin mata di malaysia. Mungkin ada segelintir kita yang dah tahu tentang perkara ini tapi rasanya kebanyakan kita tidak mengetahui...

Material cermin mata di Malaysia kebanyakan adalah dari jenis plastik, kaca dan policarbonate. Tentu kita tertanya2 apa beza antara ketiga2nya...

a) Plastik:
Sejenis plastik khas digunakan untuk membuat cermin mata. Istilah optiknya CR39. Material jenis plastik ini berkemungkinan pecah (broke) atau retak (crack) sekiranya kita menggunakan bingkai jenis frameless (tiada bingkai) dan mudah chip (serpih) sekiranya menggunakan halfframe/rimlon (bingkai separuh).

Tetapi kebarangkalian perkara di atas terjadi adalah rendah dengan penjagaan yang teliti. Selalunya jika insiden plastik pecah atau retak terjadi, kebanyakan kedai cermin mata tidak melayan sebarang claim dari pelanggan (customer). Adalah baik sekiranya customer meneliti cermin mata yang baru dibeli/ditempah sebelum keluar dari kedai cermin mata.

Sekiranya claim tempoh kurang dari seminggu, ada segelintir kedai cermin mata masih membantu dengan penggantian cermin secara percuma tetapi tidak semua kedai yang prihatin.

b) Kaca:
Sejenis kaca khas digunakan untuk membuat cermin mata. Selalunya tidak digunakan untuk halfframe dan frameless kerana material sangat rapuh dan tidak boleh dipasang. Claim untuk cermin kaca juga adalah seperti cermin plastik yang saya terangkan diatas.

c) Policarbonate:
Policarbonate ialah plastik tahan pecah yang selalunya digunakan untuk cermin pada kapal terbang etc. Plastik jenis ini adalah teknologi paling baru diperkenalkan dalam bidang optik. Bagi customer yang membeli cermin jenis ini sebenarnya anda tidak perlu bimbang tentang insiden pecah kerana kualitinya dijamin tidak akan pecah.

Tetapi jika anda terlalu lasak sehingga cermin tak pecah pun boleh pecah (hmmm... macammana tu?), anda tak perlu bimbang... pergi saja ke kedai cermin mata yang anda telah kunjungi itu dan minta claim. Jika tempoh masih dalam warranty period (selalunya setahun), mesti tuntutan akan dilayan [tuntutan tribunal cermin mata..hehe :) ].

Sebagai seorang pengguna cermin mata yang setia, tentu dirasakan tidak adil sekiranya pengusaha kedai cermin mata tidak menerangkan serba sedikit tentang produk yang dijualnya, paling tidak sekurang2nya terangkan jenis cermin mata yang diberikan pada kita.

Kenapa kita perlu tahu? Kita sebagai pengguna ada hak bukan? Maksud saya bukanlah secara keseluruhan dan terlalu terperinci tetapi mengetahui apa yang kita perlu ketahui sahaja. Dengan kata lain, hanya bahagian kita sebagai pengguna.

************************

Dalam kes MBA, selain dari kes pecah, terdapat 2 perkara yang MBA perlu ketahui iaitu multicoated dan multifocal.

Apa beza antara kedua2nya?!! (anda fening lagi?... Jangan bimbang, saya cuba terangkan serba sedikit).

1. Multicoated (MC):

MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

Bagaimana ingin melihat lapisan MC di cermin mata anda?

Perhatikan pada bahagian atas/depan cermin mata anda, jika kelihatan warna hijau atau biru itulah yang dinamakan lapisan MC. Jika apa yang anda lihat adalah sebaliknya, bermakna cermin mata yang anda miliki adalah dari jenis biasa sahaja (ie. bukan MC).

Lapisan MC ini boleh dibuat pada semua jenis cermin termasuk plastik, kaca atau policarbonate.

Harus diingat lapisan ini adalah berbeza dari lapisan polaroid, UV400, EMI (komputer) atau lain-lain (akan diterangkan kemudian).



2. Multifocal (MF):

MF ialah jenis cermin yang digunakan untuk membantu mata anda melihat jarak jauh, dekat dan pertengahan. Sesuai bagi mereka yang banyak menggunakan komputer.

Selalunya penggunaan MF bermula apabila anda sudah memiliki masalah rabun dekat (presbiopia). Presbiopia terjadi disebabkan elastisiti otot siliari menurun disebabkan peningkatan umur (selalunya 40+).

Kenapa MF mahal?


MF adalah berbeza dari cermin mata Single Vision (yang digunakan untuk melihat pada satu jarak penglihatan sahaja) kerana MF adalah untuk melihat dari pelbagai jarak. Ia seperti seolah-olah kita menggunakan 3 cermin mata dalam satu masa. Terdapatnya perbezaan harga MF di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti cermin MF (akan diterangkan kemudian).

MBA: Kedai B (enam bulan selepas itu):

Haiya ini lens aa... murah punya. Kita orang tadak juai lagi, ini sangat murah. Kita ingat dalam RM100 saja satu. Tapi sorry kita tak ada stok lagi, mau order juga manyak lama ooo. Yang pecah hanya sebelah, tapi kena ganti dua-dua dengan jenis dan jenama yang lagi bagus. OK saya kasi lu RM500 tukar kira tukar satu pasang sekali. Esok boleh siap.

Hmmm... pelik tapi benar? Bagaimana cermin yang kita rasa mahal di kedai A bertukar menjadi murah di kedai B?! Adakah kedai A menipu kita? Atau kedai B yang menipu? Sudah tentu dua persoalan itu yang menghantui MBA...

Bagi kes MBA, eloklah sekiranya saya menjawab dari perspektif bidang saya sahaja tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.


Kebiasaannya, sekiranya cermin MF pecah hanya sebelah, ianya boleh diganti bahagian yang pecah sahaja tanpa mengganti kedua-dua bahagian dengan membuat semakan power mata pada bahagian yang pecah (jika masih boleh dilakukan) atau cek semula mata oleh optometrist (apa itu optometrist?!akan saya terangkan) melainkan kedua-dua power mata telah naik...

Jika power mata naik, penggantian kedua-dua bahagian cermin mata perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah imbangan mata dan otak sekiranya penggantian cermin mata hanya pada sebelah bahagian mata.

Terdapat perbezaan harga pada kes MBA. Kenapa? Sila rujuk kepada kepelbagaian jenis MF yang saya terangkan diatas dalam permasalahan pertama MBA tadi. Itulah sebahagian jawapan pada soalan kedua ini (detail akan saya terangkan kemudian).

MBA: Kedai A (minggu lepas):

+Berapa abang bayar untuk cermin ini?.
-RM300 saja (aku sengaja tipu...).
+Oh... mahalnya. Ini bukan multicoated. patutnya dalam RM200 saja.
-OKlah macam tu, saya nak buat frame & lens baru, saya mau yg lens RM200 tuu
+Oh... kita tak carry produk ni, ia dah outdated.
-Kalau gitu, you orderlah, lambat tak apa, saya tunggu. RM200 tu jer saya mampu
+No.... dah tak ada stok ni.

Kadang-kadang kita rasa ditipu? Apakah betul kita ditipu?

Untuk mengetahui jawapan pada masalah ketiga MBA ini, cuba lihat jawapan pada permasalahan pertama & kedua MBA tadi. Saya harap dengan jawapan itu, MBA dapat membuat rumusan sendiri.

Saya tidak dapat memberikan jawapan secara terperinci kerana saya tidak melihat apakah jenis cermin mata yang dipakai MBA ketika itu. Untuk pengetahuan MBA, setiap kedai optical mempunyai supplier yang berlainan. Setiap supplier memberi kualiti yang berlbeza, produk juga dari berlainan negara (Japan, German, China, France etc... dan ada juga dari local).

Sebenarnya, apa yang penting adalah bergantung kepada kepakaran optometris yang 'diagnose' permasalahan mata setiap pelanggan.

Walau bagaimanapun, jika MBA masih menyimpan cermin tersebut, bolehlah bawa ke kedai kami untuk pemeriksaan lanjut. Kedai kami bakal beroperasi pada:

Tarikh mula operasi:
2 Mei 2006 bersamaan 4 Rabiulakhir 1427H, hari Selasa.
Akan diumumkan sedikit masa lagi (reschedule).
11 Mei 2006 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1427H, hari Khamis.

Alamat Premis:

on mobile

Telephone: 0132516008

Setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Begitulah juga cara mereka menjalankan perniagaan. RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN-LAIN. Tetapi bila kita berusaha untuk mencari yang terbaik, Allah akan permudahkan jalan kita.

Wallahua'lam.