Friday, May 16, 2008

INTRODUCING MY NEW OPTICAL CONCEPT

MOBILE EYE TESTING SPEACIALIST…



Damia Optometrist


We speacialise in

  • Eye test
  • Multifocal
  • Reading glasses
  • Astigmatism
  • Bulk Eyewear Order
  • Frame to Face Eye Matching Consultation
  • Contact Lens Consultant
  • Free Frame Repair for Any Service Rendered



Regards,

Nur Darmiyantie Mohamed ( B. Sc. Optom. (Hons) UKM )
Mobile : 0132516008
Email : darmiyantie@gmail.com
Blog : http://optomata.blogspot.com



DO NOT HESITATE TO CONTACT US!!!

SPECIAL PROMOTION

Special promotion for special person… Here, I am glad to announce special package to all readers.

The package as below:

FRAME + LENS

ONLY RM 280

The lens is include

  • Multicoated
  • UV protection
  • Single vision only
  • Power range +2.00 DS to -3.00 DS
  • Available from 15 May 2008 to 15 June 2008

For those who are interested, just email me at

darmiyantie@gmail.com


The eye test will be available anytime and anywhere. Do not hesitate to contact me.

Thursday, May 08, 2008

THE BIGGEST CHANGES

Alhamdulillah. Praise to Allah the Almighty for still giving me this chance to share my knowledge and experience with all my respective readers. Thank you so much guys for spending your precious time reading my blog. From now onwards, my blog will be mainly in English and certain article will be translated into Bahasa Malaysia. Thank you and keep in touch...

Tuesday, April 22, 2008

CONTACT LENS FOR SALE!!!

Kepada penggemar kanta sentuh tentu anda inginkan keselesaan dalam pemakaian kanta sentuh anda. Di sini saya telah menjumpai sejenis produk kanta sentuh yang sangat selesa yang boleh dpakai oleh setiap lapisan masyarakat. Dengan terjumpanya produk ini, maka segala ketidakselesaan anda dalam pemakaian kanta sentuh akan terjawap dengan penukaran anda kepada jenama ini. Sangat mudah untuk mendapatkannya kerana anda hanya perlu email kepada saya di alamat email

d_yantie@yahoo.com
darmiyantie@gmail.com

atau boleh terus menghubungi saya melalui panggilan atau sms saya di talian +6013216008

Kanta sentuh jenama HIGH DEFINITION ASPHERIC CONTACT LENS atau dikenali juga dengan nama ringkasnya HDX MONTHLY 55 boleh didapati bila2 masa dan di mana2 jua anda berada.

Di sini saya senaraikan kelebihan HDX kepada anda

*Tersangat selesa
*Senang untuk dikendalikan
*Bentuk aspheric
*55% kandungan air
*60% UV-B block
*Sangat nipis sehingga 0.04mm
*Pengaliran oksigen yang sangat baik (DK=24)
*Tahap visual yang sangat bagus kerana bentuk kanta sentuh adalah aspheric


Spesifikasi

*Base curve = 8.6mm
*Diameter = 14.2mm
*Power = +6.00 ~ -6.00 (0.25 step)
-6.00 ~ -10.00 (0.50 step)
*Water Content = 55%
*Manufacturing = Cast Molding
*Centre Thickness = 0.04mm @ -4.00
*Handling Tint = Blue
*Replacement = Monthly
*Packaging = 6 lenses per box


JADI, APAKAH YANG ANDA TUNGGU LAGI? CEPAT2 MENGUBUNGI SAYA KERANA SETIAP PANGGILAN DI BULAN INI AKAN MENDAPAT 1 PIECE PERCUMA UNTUK PEMBELIAN SETIAP KOTAK.


LOVE TO HEAR GOOD NEWS FROM YOU ALL GUYS
!

Sunday, April 20, 2008

PROMOSI HEBAT!!

Selamat datang kepada pengunjung baru optomataku. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan bebarapa produk baru yang akan dijual. Segala pemberitahuan akan saya kemas kini beberapa hari lagi. Jangan lupa untuk melayari optomataku setiap masa. He...

Sunday, February 24, 2008

MENGAPA ADA PENING ITU?

Hmm... bunyi tajuk kali ini agak pelik bukan? Bukan apa, saya saja untuk menimbulkan rasa pelik dalam diri anda semua.

Mengapa ada pening itu? Begini kisahnya... Dalam minggu lepas, saya telah melawat seorang rakan yang dikatakan asyik demam malam. Lama juga demamnya, lebih kurang seminggu juga lah. So, seperti biasalah saya dan rakan saya mengikut adat pergilah melawat orang sakit.

Kami pun macam biasalah jadi doktor tak bertauliah tanya itu dan ini. Bila tanya lebih details, saya dapat rasa yang sebenarnya kawan saya ni ada masalah mata dan bukan demam betul. Antara simptom yang dia ceritakan kepada saya ialah:

Tak lalu makan

Badan panas

Menggigil

Sakit kepala pada belakang kepala dekat tengkok

Sakit pada bahagian dahi

Bila difikirkan, saya rasa punca utama mata. Mengapa? Apabila mata mempunyai masalah rabun yang rendah, selalunya kita akan biarkan saja. Sebenarnya, kita memaksa mata untuk memfokus dan buat kerja melebihi sepatutnya. Apabila dibiarkan terlalu lama, maka kepala akan sering sakit. Badan pula lama kelamaan akan lemah dan lesu.

So, esoknya kawan saya pergi cek darah kat HKL in case apa2 laa kan. Keputusan darah sume ok. Doktor pun buat kesimpulan ia berkaitan mata dan mengarahkan kawan saya ni cek mata. Apa yang nak saya sampaikan ialah jika anda rasa simptom di atas, silalah buat pemeriksaan mata dulu.

Tuesday, January 29, 2008

RAWATAN AMBLYOPIA

Bolehkah amblyopia dirawat? Tentu saja ya.

Tetapi tahukah anda bahawa pengesanan pada peringkat awal sangat penting untuk merawat amblyopia? Ini kerana pada usia 12 tahun ke bawah, mata anak2 masih dalam peringkat perkembangan. Selalunya, jika melewati usia dewasa pembetulan amblopia agak sukar untuk dibetulkan. Ini kerana mata berada dalam keadaan supresi.

Di bawah ini saya sertakan bentuk rawatan terbaik untuk setiap jenis penyebab amblyopia:

Juling:
Patching therapy adalah yang terbaik

Anisometropia: Pembetulan penuh dicadangkan bersama patching therapy

Ocular anomaly:
Contoh: Katarak. Pembedahan segera harus dilakukan.

Saturday, January 26, 2008

NAQIBAH

Kangan bangat sama teman yang seorang ni. Dah 5 tahun tak jumpa. Bayangkan... Jumpa2 cik kak ni dah kahwin. Masa dia kahwin dulu memang saya attend tapi tak adalah borak2 lama macam tadi makumlaa namanya pun kenduri kahwin.

Mmm... Naqibah, satu nama yang memang famous gile dulu masa kat UKM. Budaknya baik, sopan santun, lemah lembut, bijak, lawa dan macam2 lagi laa perkatan2 yang baik untuk dia. Heheee...

Punyalah janji nak jumpa dah lama asyik tak jadi jee. Tup2 tadi akhirnya saya dapat spend jugak masa untuk jumpa dia. Naqib, tak pernah berubah. Masih sporting macam dulu. Tadi jumpa dia time lunch hari Jumaat yang panjang. Lepak punya lepak, seronok sangat. Habis cerita keluar. Maklumlaa... zaman UKM dulu selalu lepak2 dan syer semua benda dengan Naqib. Walaupun dulu kami tak adalah berkepit ke sana ke mari tapi saya dan dia memang selesa untuk bercerita dan berkongsi rasa. Mungkin rasa saling percaya dan mempunyai jiwa yang sama membuatkan saya dan dia sangat serasi bersama. Ish, bukan lain jantina jee serasi bersama tau... hehe. Sama jantina pun boleh maaa.

Punyalah leka berborak sampai tak sedar jam dah pukul 3 petang. Tercuri sikit masa Naqib. Borak punya borak dalam kereta tiba2 ada orang call. Nasib baik Kak Lili yang call dan bukan orang lain. Kak Lili tu senior masa kat UKM dulu. Maklumlaaa, dah lari sikit schedule Naqib. Ada kuliah agama rupanya.

Apa yang bestnya hari ni, saya hepi tengok Naqib bahagia dengan kehidupan dia bersama suami. Alhamdulillah... itulah ni'mat yang kita tak dapat beli kat mana2. Memancar2 seri kat muka Naqib, tapi bukan pancaran kuih seri muka tau. Ni'mat kasih sayang ni tak semua orang dapat. Mungkin orang lain pun akan dapat tapi dalam erti kata yang berbeza. Cepat atau lambat. Semua ni mengajar saya erti bersyukur. Mudah2an lepas ni giliran saya laa pulak merasainya. Hehehe.

Apa2pun, tadi dapat jual 2 kotak kanta lekap berwarna kat Naqib. Misi sampingan berjaya!!! Jangan marah... sambil menyelam minum air.

Friday, January 25, 2008

SIMPTOM AMBLYOPIA

Tahukah anda sebenarnya sangat sukar untuk mengesan amblyopia. Ini kerana sifat semulajadi kanak2 yang tidak pandai untuk meluah. Tambahan pula, mereka tidak tahu apakah penglihatan mereka sama seperti penglihatan normal orang lain atau tidak kerana mereka masih kecil dan tidak punya pengalaman.

Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mengesannya antaranya:

* Menangis apabila ditutup salah satu mata ( mata yang ditutup adalah mata normal ).

* Menyengetkan kepala apabila melihat sesuatu objek.

* Fokus mata yang tidak sama apabila diarah untuk melihat sesuatu objek.

* Ptosis- Kelopak mata atas menutupi sebahagian daripada kornea
.

Thursday, January 24, 2008

PENYEBAB AMBLYOPIA

Anisometropia

Anisometropia adalah perbezaan rabun jauh atau rabun dekat yang ketara antara kedua belah mata. Contohnya, perbezaan kesalahan refraksi atau power melebihi 3.00 Diopter seperti mata kanan -3.00DS manakala mata kiri 0.00DS.

Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan amblyopia??

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah anisometropia tidak gemar memakai alat bantuan optik. Mengapa? Kerana mereka tidak menganggap anisometropia sebagai satu masalah. Bagi mereka, sudah cukup dengan hanya menggunakan satu mata sahaja. Mungkin bagi mereka memakai alat bantuan leceh, rimas dan macam2 lagi alasan.

Tetapi sedarkah anda apabila ia dibiarkan, lama kelamaan mata yang mempunyai kesalahan refraksi yang teruk akan menjadi malas.

Strabismus/Juling

Juling terjadi apabila salah satu mata tidak berada pada posisi sepatutnya. Mata yang juling selalunya akan mengalami amblyopia.

Bagaimana?

Pada mulanya, kedua-dua mata menjalankan fungsi yang sama. Tetapi, apabila terdapat kekeliruan pada otak kerana imej yang berbeza, otak hanya akan memilih satu sahaja imej untuk diterjemah. Otak terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan diplopia/ double image. Mata juling yang tidak digunakan berkemungkinan besar akan menjadi malas.

Visual Occlusion

Selaunya visual occlusion terjadi disebabkan oleh penyakit mata. Contoh sperti congenital cataracts, corneal opacities, droping eyelids (ptosis) dan pelbagai lagi. Saya ingin jelaskan dengan mudah. Kita ambil kira penyakit katarak sebagai contoh. Apabila katarak terjadi, imej tidak dapat sampai kepada makula di retina kerana terdapatnya halangan pada kanta. Bukankah kanta menjadi legap apabila menghidap katarak? Dengan ini cahaya juga tidak dapat memasuki mata apatah lagi objek yang dilihat tidak mampu diterjemah oleh otak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, mata yang terlibat akan menjadi malas.