Monday, May 23, 2016

Waktu Terbaik Untuk Menukar Cermin Mata Baru Saya


Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan Blogger semua.

Cantik tak pemandangan Great Ocean Road dalam gambar tu? Jelas, tenang dan saujana mata memandang kan. Cermin mata yang saya pakai tu pulak macamana? Ada yang berkenan? Kalau berkenan, jomlah cek mata dengan saya. Saya ada banyak stok frame yang trendy dan fashionable... Harga pun berpatutan. InsyaAllah mampu milik.

Ok, pada minggu lepas saya menerima banyak feedback mengenai jangka hayat cermin mata rakan-rakan semua di Facebook saya. Terima kasih kerana sudi respon dan membantu saya secara tidak langsung. Pada petang ini, saya juga ingin berkongsi tulisan ini di blog rasmi saya.

Jadi, dapat saya simpulkan ramai yang memilih untuk menukar cermin mata setelah cermin mata yang dipakai rosak. Selagi boleh pakai biasanya kita belasah sampai lebam huhuhu. Mungkin anda ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. 

Tapi secara hakikatnya, penukaran cermin mata elok dilakukan setelah mendapat khidmat nasihat dari optometris anda. Sebelum tu mesti dilakukan pemeriksaan mata dahulu betul tak? 

Bila pemeriksaan mata sesuai dijalankan? Pemeriksaan berkala adalah setahun sekali bagi yang dewasa berumur melebihi 12 tahun dan 2 tahun sekali bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Pemeriksaan ini sangat penting untuk melihat sejauh mana perkembangan kesihatan mata anda. Selain itu, perkara-perkara yang tidak diingini juga dapat dielakkan seperti kebutaan atau kecederaan kekal pada mata. Pengesanan awal penyakit juga dapat dilakukan antaranya kencing manis, darah tinggi, keratoconus, katarak, glaukoma dan lain-lain.

Jadi, kesimpulannya kalau nak tengok pemandangan cantik macam gambar tu, ready untuk buat pemeriksaan mata berkala.

Jangan takut dengan optometris anda, kerana kerja kami tidak lain hanyalah ingin membantu anda untuk mendapatkan penglihatan yang baik dan sihat.

Selepas jumpa optometris, barulah anda tahu perlu tukar atau tidak cermin mata anda. Nak fesyen atau bajet, ikut selera masing-masing.

Love,
Damia. :)

Tuesday, May 10, 2016

BERAPA LAMA JANGKA HAYAT CERMIN MATA ANDA?

Hai semua :

Saya ingin bertanya, berapa lama jangka hayat cermin mata anda?

Setahun, 2 tahun, 3 tahun atau berapa tahun?

Selalunya cermin mata anda bergantung pada :

1. Budget
2. Fesyen
3. Simptom penglihatan / Aduan

Jika berkesempatan boleh komen di ruangan komen. :)

#cerminmata #optometrist #rabun

Friday, May 06, 2016

Apakah Yang Anda Ingin Tahu Tentang Mata Anda?

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat semua.

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger sekalian tentang anugerah mata yang kita semua miliki.

Boleh saya tahu apakah perkara yang anda ingin tahu tentang mata anda?

Jom kongsi jawaban anda di ruangan komen.:)

Wednesday, March 23, 2016

SELAMAT HARI OPTOMETRIS SEDUNIA 2016

Selamat hari optometris sedunia 2016 kami ucapkan kepada semua optometris di dunia! Dan alhamdulillah terima kasih juga diucapkan kepada semua pelanggan setia kami kerana masih mempercayai kami sebagai optometris anda. InsyaAllah kami akan terus memberikan yang terbaik buat anda semua. Teruskan menyokong kami dan sama-sama kita doakan semoga kerjasama kita berkekalan. :)

Wednesday, March 16, 2016



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Terima kasih atas sokongan kalian kerana sudi singgah di blog Damia Optometrist. InsyaAllah segala persoalan dan pandangan yang dilontarkan akan di kemas kini secepat mungkin. Kami amat menghargai segala perkongsian anda bersama kami. Teruskan menjaga kesihatan mata yang baik demi kelangsungan hidup yang berkualiti. :)

Salam sayang,

Damia Optometrist.