Sunday, February 24, 2008

MENGAPA ADA PENING ITU?

Hmm... bunyi tajuk kali ini agak pelik bukan? Bukan apa, saya saja untuk menimbulkan rasa pelik dalam diri anda semua.

Mengapa ada pening itu? Begini kisahnya... Dalam minggu lepas, saya telah melawat seorang rakan yang dikatakan asyik demam malam. Lama juga demamnya, lebih kurang seminggu juga lah. So, seperti biasalah saya dan rakan saya mengikut adat pergilah melawat orang sakit.

Kami pun macam biasalah jadi doktor tak bertauliah tanya itu dan ini. Bila tanya lebih details, saya dapat rasa yang sebenarnya kawan saya ni ada masalah mata dan bukan demam betul. Antara simptom yang dia ceritakan kepada saya ialah:

Tak lalu makan

Badan panas

Menggigil

Sakit kepala pada belakang kepala dekat tengkok

Sakit pada bahagian dahi

Bila difikirkan, saya rasa punca utama mata. Mengapa? Apabila mata mempunyai masalah rabun yang rendah, selalunya kita akan biarkan saja. Sebenarnya, kita memaksa mata untuk memfokus dan buat kerja melebihi sepatutnya. Apabila dibiarkan terlalu lama, maka kepala akan sering sakit. Badan pula lama kelamaan akan lemah dan lesu.

So, esoknya kawan saya pergi cek darah kat HKL in case apa2 laa kan. Keputusan darah sume ok. Doktor pun buat kesimpulan ia berkaitan mata dan mengarahkan kawan saya ni cek mata. Apa yang nak saya sampaikan ialah jika anda rasa simptom di atas, silalah buat pemeriksaan mata dulu.

Tuesday, January 29, 2008

RAWATAN AMBLYOPIA

Bolehkah amblyopia dirawat? Tentu saja ya.

Tetapi tahukah anda bahawa pengesanan pada peringkat awal sangat penting untuk merawat amblyopia? Ini kerana pada usia 12 tahun ke bawah, mata anak2 masih dalam peringkat perkembangan. Selalunya, jika melewati usia dewasa pembetulan amblopia agak sukar untuk dibetulkan. Ini kerana mata berada dalam keadaan supresi.

Di bawah ini saya sertakan bentuk rawatan terbaik untuk setiap jenis penyebab amblyopia:

Juling:
Patching therapy adalah yang terbaik

Anisometropia: Pembetulan penuh dicadangkan bersama patching therapy

Ocular anomaly:
Contoh: Katarak. Pembedahan segera harus dilakukan.

Saturday, January 26, 2008

NAQIBAH

Kangan bangat sama teman yang seorang ni. Dah 5 tahun tak jumpa. Bayangkan... Jumpa2 cik kak ni dah kahwin. Masa dia kahwin dulu memang saya attend tapi tak adalah borak2 lama macam tadi makumlaa namanya pun kenduri kahwin.

Mmm... Naqibah, satu nama yang memang famous gile dulu masa kat UKM. Budaknya baik, sopan santun, lemah lembut, bijak, lawa dan macam2 lagi laa perkatan2 yang baik untuk dia. Heheee...

Punyalah janji nak jumpa dah lama asyik tak jadi jee. Tup2 tadi akhirnya saya dapat spend jugak masa untuk jumpa dia. Naqib, tak pernah berubah. Masih sporting macam dulu. Tadi jumpa dia time lunch hari Jumaat yang panjang. Lepak punya lepak, seronok sangat. Habis cerita keluar. Maklumlaa... zaman UKM dulu selalu lepak2 dan syer semua benda dengan Naqib. Walaupun dulu kami tak adalah berkepit ke sana ke mari tapi saya dan dia memang selesa untuk bercerita dan berkongsi rasa. Mungkin rasa saling percaya dan mempunyai jiwa yang sama membuatkan saya dan dia sangat serasi bersama. Ish, bukan lain jantina jee serasi bersama tau... hehe. Sama jantina pun boleh maaa.

Punyalah leka berborak sampai tak sedar jam dah pukul 3 petang. Tercuri sikit masa Naqib. Borak punya borak dalam kereta tiba2 ada orang call. Nasib baik Kak Lili yang call dan bukan orang lain. Kak Lili tu senior masa kat UKM dulu. Maklumlaaa, dah lari sikit schedule Naqib. Ada kuliah agama rupanya.

Apa yang bestnya hari ni, saya hepi tengok Naqib bahagia dengan kehidupan dia bersama suami. Alhamdulillah... itulah ni'mat yang kita tak dapat beli kat mana2. Memancar2 seri kat muka Naqib, tapi bukan pancaran kuih seri muka tau. Ni'mat kasih sayang ni tak semua orang dapat. Mungkin orang lain pun akan dapat tapi dalam erti kata yang berbeza. Cepat atau lambat. Semua ni mengajar saya erti bersyukur. Mudah2an lepas ni giliran saya laa pulak merasainya. Hehehe.

Apa2pun, tadi dapat jual 2 kotak kanta lekap berwarna kat Naqib. Misi sampingan berjaya!!! Jangan marah... sambil menyelam minum air.

Friday, January 25, 2008

SIMPTOM AMBLYOPIA

Tahukah anda sebenarnya sangat sukar untuk mengesan amblyopia. Ini kerana sifat semulajadi kanak2 yang tidak pandai untuk meluah. Tambahan pula, mereka tidak tahu apakah penglihatan mereka sama seperti penglihatan normal orang lain atau tidak kerana mereka masih kecil dan tidak punya pengalaman.

Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mengesannya antaranya:

* Menangis apabila ditutup salah satu mata ( mata yang ditutup adalah mata normal ).

* Menyengetkan kepala apabila melihat sesuatu objek.

* Fokus mata yang tidak sama apabila diarah untuk melihat sesuatu objek.

* Ptosis- Kelopak mata atas menutupi sebahagian daripada kornea
.

Thursday, January 24, 2008

PENYEBAB AMBLYOPIA

Anisometropia

Anisometropia adalah perbezaan rabun jauh atau rabun dekat yang ketara antara kedua belah mata. Contohnya, perbezaan kesalahan refraksi atau power melebihi 3.00 Diopter seperti mata kanan -3.00DS manakala mata kiri 0.00DS.

Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan amblyopia??

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah anisometropia tidak gemar memakai alat bantuan optik. Mengapa? Kerana mereka tidak menganggap anisometropia sebagai satu masalah. Bagi mereka, sudah cukup dengan hanya menggunakan satu mata sahaja. Mungkin bagi mereka memakai alat bantuan leceh, rimas dan macam2 lagi alasan.

Tetapi sedarkah anda apabila ia dibiarkan, lama kelamaan mata yang mempunyai kesalahan refraksi yang teruk akan menjadi malas.

Strabismus/Juling

Juling terjadi apabila salah satu mata tidak berada pada posisi sepatutnya. Mata yang juling selalunya akan mengalami amblyopia.

Bagaimana?

Pada mulanya, kedua-dua mata menjalankan fungsi yang sama. Tetapi, apabila terdapat kekeliruan pada otak kerana imej yang berbeza, otak hanya akan memilih satu sahaja imej untuk diterjemah. Otak terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan diplopia/ double image. Mata juling yang tidak digunakan berkemungkinan besar akan menjadi malas.

Visual Occlusion

Selaunya visual occlusion terjadi disebabkan oleh penyakit mata. Contoh sperti congenital cataracts, corneal opacities, droping eyelids (ptosis) dan pelbagai lagi. Saya ingin jelaskan dengan mudah. Kita ambil kira penyakit katarak sebagai contoh. Apabila katarak terjadi, imej tidak dapat sampai kepada makula di retina kerana terdapatnya halangan pada kanta. Bukankah kanta menjadi legap apabila menghidap katarak? Dengan ini cahaya juga tidak dapat memasuki mata apatah lagi objek yang dilihat tidak mampu diterjemah oleh otak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, mata yang terlibat akan menjadi malas.

Wednesday, December 12, 2007

AMBLYOPIA

Ramai di kalangan kita tidak memahami atau mengetahui apakah itu amblyopia. Tidak mengapalah ya kerana tanpa segan silu saya rasa bertanggungjawap untuk menerangkan kepada anda apakah itu amblyopia.

Amblyopia juga dikenali sebagai mata malas. Tentu anda tertanya bagaimana mata itu boleh menjadi malas? Banyak faktor boleh menyumbangkan kepada mata menjadi malas (saya akan terangkan pada entry akan datang).

Dalam keadaan normal, perkembangan kedua2 mata berlaku secara sempurna. Tetapi, jika berlaku gangguan pada salah satu mata, perkembangannya akan terganggu dan menyebabkan hanya satu mata sahaja berfungsi secara normal. Lama-kelamaan mata yang tidak digunakan itu akan menjadi malas. Maka, dengan ini ia akan digelar amblyopia atau mata malas.

Thursday, December 06, 2007

ANAK2 KITA...

Sedih bila tengok paper semalam. Apa lagi kalau bukan kes anak2 Malaysia yang 'tersangkut' di perantauan. Mereka, anak2 kita yang dikaitkan dengan isu syabu, heroin dan macam2 lagi.

Apa lagi nak dikata ya, benda sudah jadi. Nak kata takdir... memang ya. Tapi, bukankah takdir boleh kita ubah? Nak salahkan Tuhan, jangan sekali kerana tidak ada sesuatupun yang Dia ciptakan di dunia ini sia2. Mungkin kali ini Sang Pencipta ingin menduga sejauh mana hati kita bersatu membantu mereka yang tidak bersalah dan tentunya teraniaya.

Kadangkala fikiran jahat datang juga. Betulkah mereka diperdaya atau memang itu kerja mereka di sana? Mendapat wang dengan cara lumayan dan segera? Bila sudah kena, nak cakap apa lagi? Dan pada masa inilah mereka cuba meminta simpati kita di sini, mencari pelbagai alasan supaya dapat melepaskan diri.

Itulah ya prasangka jahat kita...

Saya rasa banyak persoalan baik positif atau negatif pasti bermain di fikiran kita. Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini ialah... adakah kita ingin lihat 'anak2 kita' yang berada dalam 'sangkar' di negara orang terus terperangkap tanpa merenung dan melihat tentang masa depan mereka? Kasihan mereka!

Tak siapa dapat menduga setiap musibah yang akan datang dalam hidup kita masing2. Hanya Yang Esa saja Maha Mengetahui.

Apakah kita hanya ingin membiarkan saja mereka di sana tanpa berbuat apa2? Atau adakah kita terus menjadi orang yang hanya pandai bercakap saja? Apakah kita harus menunggu saja Umi Azlim ke tali gantung? Apakah hanya ingin melihat Raja Munirah meringkuk di penjara selama tujuh tahun sebulan dan membazirkan masa mudanya begitu saja? Kasihan mereka!

Ayuhlah kita berbuat sesuatu sementara masa masih ada. Memang soal undang2 sesebuah negara kita tak boleh masuk campur begitu saja tetapi adakah kita hanya berpeluk tubuh? Ayuhlah bertindak untuk sebuah masa depan yang cemerlang. Sebuah masa depan negara yang cemerlang, terbilang dan gemilang... Bukankah masa depan negara terletak pada generasi muda hari ini? Apakah kita terlalu selesa dengan kedudukan kita tanpa memikirkan kesengsaraan orang lain? Adakah kita hanya berdiam diri kerana memikirkan mereka anak orang lain tanpa kita sedari mereka juga SEBENARNYA 'anak2 kita'.


Monday, November 26, 2007

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawasanya setiap kanta mempunyai indeks tersendiri? Dan tahukah anda semakin tinggi nilai indeks semakin nipis kanta? Info ini sangat ringkas dan mudah difahami. Oleh itu, jika anda mengalami masalah refraksi yang membebankan (contoh, kuasa mata -5.00DS), anda masih boleh kelihatan bergaya dan menarik walaupun dengan memakai cermin mata. Indeks yang tinggi membuatkan kanta anda ringan dan nipis.

Thursday, May 10, 2007

TENTANG LASIK

Sejak akhir2 ini, ramai sahabat2 yang bertanya kepada saya tentang lasik. Apakah kelebihan dan kekurangan serta pelbagai soalan2 berbangkit yang lain.

Tidak dinafikan yang lasik menjadi ikutan ataupun trend yang sangat digemari oleh sebahagian dari pemakai cermin mata terutama golongan muda seperti saya. Ia seperti satu fenomena baru yang sangat digemari.

Secara peribadinya, lasik ini boleh diteruskan jika kondisi mata berada dalam keadaan yang memuaskan. Maksudnya sudah melepasi syarat2 untuk meneruskan lasik. Walau bagaimanapun, lasik tetap mempunyai kesan sampingannya yang akan saya terangkan pada bab akan datang.

Tuesday, April 24, 2007

PENULISAN YANG LAHIR DARI HATI...

Menulis, semua orang boleh menulis. Ia adalah satu kepuasan untuk diri sendiri. Ada yang menulis untuk glamor, ada yang menulis kerana sedih, ada yang menulis kerana geram, ada yang menulis kerana gembira, ada yang menulis sebab nak hentam orang dan macam2 lagi sebab musababnya. Tapi... penulisan yang paling ikhlas adalah yang datang dari hati beserta ilmu yang cukup di dada.

Saya menemui beberapa blog yang sangat saya suka untuk membacanya selalu. Bahkan kalau boleh tidur pun nak mimpi blog tu,hehe... tapi apakan daya masa tu terbatas.

Bila diamati, penulisan mereka bukan untuk glamor tetapi sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman bersama. Penulisan mereka sangat jujur disamping pengetahuan tentang dunia IT yang amat saya kagumi. Dengan gaya penulisan yang agak ringkas dan bersahaja serta penguasan bahasa yang baik. Mereka antara orang2 yang saya kagumi dan saya linkkan tanpa segan silu. Ikutkan hati, ingin menjadi seperti mereka tetapi masih banyak yang harus dipelajari. Semoga saya dapat menjadi di kalangan orang2 yang berilmu dan menggunakan telinga, mata dan hati sebaik mungkin. InsyaAllah :-)