Tuesday, January 29, 2008

RAWATAN AMBLYOPIA

Bolehkah amblyopia dirawat? Tentu saja ya.

Tetapi tahukah anda bahawa pengesanan pada peringkat awal sangat penting untuk merawat amblyopia? Ini kerana pada usia 12 tahun ke bawah, mata anak2 masih dalam peringkat perkembangan. Selalunya, jika melewati usia dewasa pembetulan amblopia agak sukar untuk dibetulkan. Ini kerana mata berada dalam keadaan supresi.

Di bawah ini saya sertakan bentuk rawatan terbaik untuk setiap jenis penyebab amblyopia:

Juling:
Patching therapy adalah yang terbaik

Anisometropia: Pembetulan penuh dicadangkan bersama patching therapy

Ocular anomaly:
Contoh: Katarak. Pembedahan segera harus dilakukan.

Saturday, January 26, 2008

NAQIBAH

Kangan bangat sama teman yang seorang ni. Dah 5 tahun tak jumpa. Bayangkan... Jumpa2 cik kak ni dah kahwin. Masa dia kahwin dulu memang saya attend tapi tak adalah borak2 lama macam tadi makumlaa namanya pun kenduri kahwin.

Mmm... Naqibah, satu nama yang memang famous gile dulu masa kat UKM. Budaknya baik, sopan santun, lemah lembut, bijak, lawa dan macam2 lagi laa perkatan2 yang baik untuk dia. Heheee...

Punyalah janji nak jumpa dah lama asyik tak jadi jee. Tup2 tadi akhirnya saya dapat spend jugak masa untuk jumpa dia. Naqib, tak pernah berubah. Masih sporting macam dulu. Tadi jumpa dia time lunch hari Jumaat yang panjang. Lepak punya lepak, seronok sangat. Habis cerita keluar. Maklumlaa... zaman UKM dulu selalu lepak2 dan syer semua benda dengan Naqib. Walaupun dulu kami tak adalah berkepit ke sana ke mari tapi saya dan dia memang selesa untuk bercerita dan berkongsi rasa. Mungkin rasa saling percaya dan mempunyai jiwa yang sama membuatkan saya dan dia sangat serasi bersama. Ish, bukan lain jantina jee serasi bersama tau... hehe. Sama jantina pun boleh maaa.

Punyalah leka berborak sampai tak sedar jam dah pukul 3 petang. Tercuri sikit masa Naqib. Borak punya borak dalam kereta tiba2 ada orang call. Nasib baik Kak Lili yang call dan bukan orang lain. Kak Lili tu senior masa kat UKM dulu. Maklumlaaa, dah lari sikit schedule Naqib. Ada kuliah agama rupanya.

Apa yang bestnya hari ni, saya hepi tengok Naqib bahagia dengan kehidupan dia bersama suami. Alhamdulillah... itulah ni'mat yang kita tak dapat beli kat mana2. Memancar2 seri kat muka Naqib, tapi bukan pancaran kuih seri muka tau. Ni'mat kasih sayang ni tak semua orang dapat. Mungkin orang lain pun akan dapat tapi dalam erti kata yang berbeza. Cepat atau lambat. Semua ni mengajar saya erti bersyukur. Mudah2an lepas ni giliran saya laa pulak merasainya. Hehehe.

Apa2pun, tadi dapat jual 2 kotak kanta lekap berwarna kat Naqib. Misi sampingan berjaya!!! Jangan marah... sambil menyelam minum air.

Friday, January 25, 2008

SIMPTOM AMBLYOPIA

Tahukah anda sebenarnya sangat sukar untuk mengesan amblyopia. Ini kerana sifat semulajadi kanak2 yang tidak pandai untuk meluah. Tambahan pula, mereka tidak tahu apakah penglihatan mereka sama seperti penglihatan normal orang lain atau tidak kerana mereka masih kecil dan tidak punya pengalaman.

Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mengesannya antaranya:

* Menangis apabila ditutup salah satu mata ( mata yang ditutup adalah mata normal ).

* Menyengetkan kepala apabila melihat sesuatu objek.

* Fokus mata yang tidak sama apabila diarah untuk melihat sesuatu objek.

* Ptosis- Kelopak mata atas menutupi sebahagian daripada kornea
.

Thursday, January 24, 2008

PENYEBAB AMBLYOPIA

Anisometropia

Anisometropia adalah perbezaan rabun jauh atau rabun dekat yang ketara antara kedua belah mata. Contohnya, perbezaan kesalahan refraksi atau power melebihi 3.00 Diopter seperti mata kanan -3.00DS manakala mata kiri 0.00DS.

Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan amblyopia??

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah anisometropia tidak gemar memakai alat bantuan optik. Mengapa? Kerana mereka tidak menganggap anisometropia sebagai satu masalah. Bagi mereka, sudah cukup dengan hanya menggunakan satu mata sahaja. Mungkin bagi mereka memakai alat bantuan leceh, rimas dan macam2 lagi alasan.

Tetapi sedarkah anda apabila ia dibiarkan, lama kelamaan mata yang mempunyai kesalahan refraksi yang teruk akan menjadi malas.

Strabismus/Juling

Juling terjadi apabila salah satu mata tidak berada pada posisi sepatutnya. Mata yang juling selalunya akan mengalami amblyopia.

Bagaimana?

Pada mulanya, kedua-dua mata menjalankan fungsi yang sama. Tetapi, apabila terdapat kekeliruan pada otak kerana imej yang berbeza, otak hanya akan memilih satu sahaja imej untuk diterjemah. Otak terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan diplopia/ double image. Mata juling yang tidak digunakan berkemungkinan besar akan menjadi malas.

Visual Occlusion

Selaunya visual occlusion terjadi disebabkan oleh penyakit mata. Contoh sperti congenital cataracts, corneal opacities, droping eyelids (ptosis) dan pelbagai lagi. Saya ingin jelaskan dengan mudah. Kita ambil kira penyakit katarak sebagai contoh. Apabila katarak terjadi, imej tidak dapat sampai kepada makula di retina kerana terdapatnya halangan pada kanta. Bukankah kanta menjadi legap apabila menghidap katarak? Dengan ini cahaya juga tidak dapat memasuki mata apatah lagi objek yang dilihat tidak mampu diterjemah oleh otak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, mata yang terlibat akan menjadi malas.