Thursday, January 24, 2008

PENYEBAB AMBLYOPIA

Anisometropia

Anisometropia adalah perbezaan rabun jauh atau rabun dekat yang ketara antara kedua belah mata. Contohnya, perbezaan kesalahan refraksi atau power melebihi 3.00 Diopter seperti mata kanan -3.00DS manakala mata kiri 0.00DS.

Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan amblyopia??

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah anisometropia tidak gemar memakai alat bantuan optik. Mengapa? Kerana mereka tidak menganggap anisometropia sebagai satu masalah. Bagi mereka, sudah cukup dengan hanya menggunakan satu mata sahaja. Mungkin bagi mereka memakai alat bantuan leceh, rimas dan macam2 lagi alasan.

Tetapi sedarkah anda apabila ia dibiarkan, lama kelamaan mata yang mempunyai kesalahan refraksi yang teruk akan menjadi malas.

Strabismus/Juling

Juling terjadi apabila salah satu mata tidak berada pada posisi sepatutnya. Mata yang juling selalunya akan mengalami amblyopia.

Bagaimana?

Pada mulanya, kedua-dua mata menjalankan fungsi yang sama. Tetapi, apabila terdapat kekeliruan pada otak kerana imej yang berbeza, otak hanya akan memilih satu sahaja imej untuk diterjemah. Otak terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan diplopia/ double image. Mata juling yang tidak digunakan berkemungkinan besar akan menjadi malas.

Visual Occlusion

Selaunya visual occlusion terjadi disebabkan oleh penyakit mata. Contoh sperti congenital cataracts, corneal opacities, droping eyelids (ptosis) dan pelbagai lagi. Saya ingin jelaskan dengan mudah. Kita ambil kira penyakit katarak sebagai contoh. Apabila katarak terjadi, imej tidak dapat sampai kepada makula di retina kerana terdapatnya halangan pada kanta. Bukankah kanta menjadi legap apabila menghidap katarak? Dengan ini cahaya juga tidak dapat memasuki mata apatah lagi objek yang dilihat tidak mampu diterjemah oleh otak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, mata yang terlibat akan menjadi malas.

No comments: