Friday, November 03, 2006

ADA KE BUDAK KECIL PAKAI KANTA SENTUH?

Bunyi macam tak logik tapi ini memang satu realiti. Walaupun kesnya amat jarang ditemui tetapi ia benar2 berlaku.

Bagaimana ia boleh terjadi? Ada beberapa penyebab antaranya aphakia, rabun jauh yang terlalu tinggi dan lain2. Selalunya lebih kepada masalah kongenital.

Cadangan pemakaian kanta sentuh adalah untuk mengelakkan ambliopia di kalangan kanak2. Ia juga bagi membantu penglihatan kanak2 yang tidak mengerti dan menilai apa itu cermin mata. Contohnya bagi anak2 yang berumur kurang dari 2 tahun.

Bagaimanakah caranya sekiranya kes seperti ini berlaku kepada kita? Apa nak buat? Di sini saya sediakan sedkit cadangan;

1. Belajar cara pengurusan kanta sentuh yang sempurna. Ini penting untuk mengelakkan sebarang infeksi dan kecederaan pada kornea anak anda.

2. Sentiasa utamakan kebersihan terutama kebersihan tangan dan komponen kanta sentuh.

3. Sentiasa bawa komponen kanta sentuh anak anda ke mana saja anda pergi bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Sekiranya pembetulan refraksi masih boleh dilakukan dengan cermin mata tanpa perlu bertukar kepada kanta sentuh, itu adalah lebih baik. Pelbagai masalah boleh berlaku sekiranya langkah2 kebersihan penjagaan kanta sentuh diabaikan.

No comments: