Wednesday, November 22, 2006

DULU CLEAR, SEKARANG BLUR....


Adoi... sakit hati rasanya, bila mata yang dulunya boleh melihat dengan jelas tiba-tiba menjadi kabur. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang melebihi umurnya 40 tahun. Orang kata (cleaq mata, yes buaya).

Cakap-cakap mengatakan, bila mata mulai kabur, umur kita sudah dihujung usia. Jadi, apa kita nak lakukan? Dok diam ke? Atau redha saje dengan ketentuan tuhan?

Jawapannya senang sahaja, sebagai manusia kita perlu berusaha menangani setiap masalah. Bak kata "Bekerjalah kamu seolah-olah hidup selama-lamanya, beramal ibadahlah sepertimana kamu mati esok".

Caranya,senang saja;

1) Temui optometrist, untuk melihat sejauh mana masalah visual yang anda alami. Adakah disebabkan masalah refraksi atau penyakit okular. Jika masalah refraksi, minta optometsist membuat semakan refraksi yang terbaik untuk anda. Jadi, masalah selesai dan anda senang beraktiviti. Tetapi, jika masalah berkaitan dengan okular, apa perlu di buat.

2) Jangan bimbang! Jika masalah okular anda masih ditahap awal. Insyallah, masalah anda akan mudah diatasi. Bagaimana caranya? Anda perlu menemui oftalmologist ataupun pakar mata. Aturlah temujanji anda dengannya...

Satu perkara yang anda harus ingat, apabila masalah okular seperti katarak, diabetic retinopati non proliferatif dan yang lain-lain dapat diatasi, anda masih lagi memerlukan pembetulan refraksi dengan cermin mata. Selalunya, pembetulan refraksi pada tahap ini tidak dapat memberi kepuasan maksima.

Jadi, kekuatan fizikal dan mental perlulah selari dengan masalah yang dihadapi supaya kita dapat menempuhinya dengan redho.

Sesetengah penyakit sistemik seperti darah tingi, kencing manis dan jantung lebih menjurus kepada penyakit okular. Bagi mengelakkannya berlaku, anda perlulah kerap melakukan pemeriksaan tahap kesihatan tentang penyakit yang berkaitan, supaya ia tidak menjejaskan mata. Jika tidak, ia boleh berlarutan dan menyebabkan kebutaan.

3) Tetapi, bagaimana jika semuanya telah dilakukan, tapi penglihatan masih belum juga dapat dibetulkan walaupun sedikit? Apatah lagi jika doktor mengesahkan penglihatan anda semakin hari akan berkurangan sehingga penglihatan anda akan terus hilang dari kebiasaan? Atau erti kata lain, anda akan buta... (Gluocoma Acute, Age-Related Macular Degeneration, Diabetic Retinopati Proliferatif dan lain-lain)

INILAH SATU HAKIKAT PAHIT YANG HARUS DITELAN.

Sebagai manusia, kita hendaklah redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Oleh itu, pelbanyakkan berdoa pada tuhan semoga kita dibawah lindunganNya samada dalam keadaan senang ataupun susah. Berdoalah juga, semoga anak-anak kita ada bersama disaat kita memerlukan. Walau sesibuk manapun, dia sentiasa ada.

OLEH ITU SENTIASALAH JAGA TAHAP KESIHATAN SUPAYA SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK.

1 comment:

Sooyoung said...

knp ya waktu itu pelipis ku yg kiri digetok keras jadinya mataku kalo ngeliat blur yg mata kiri?