Thursday, May 04, 2006

AAH! TAK PAYAH BELAJAR TINGGI2 ?


"Eh Dami ! Tak payah belajar tinggi2… ada duit boleh bukak bisnes macam saya…’

Biar betul ni? Apa betul ke statement kat atas?

Hmmm... Itulah kata2 yang saya dengar semasa bekerja dengan sebuah syarikat swasta (kedai cermin mata) suatu ketika dulu. Kata2 tu keluar dari mulut orang penting juga kat company tu. Masa dengar tu saya diam jer. Terkejut pun ada. Tak sangka kata2 tu lahir dari lidah seorang Melayu.

Kemudian, teringat satu peristiwa setahun sebelumnya. Pada waktu tu, anak saudara saya dan kawan2nya dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari SDAR (cuti semester). Semasa dalam keretapi, mereka bertemu dan berborak dengan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an. Tiba2 terkeluar kata2 dari mulut lelaki tadi, ‘Tak payah susah2 sekolah dik… esok, lusa, bila kerja, gaji bukannya besar sangat pun… Zaman sekarang, duit yang penting dik'. Cuti anak buah pun menjadi suram dek kata2 tadi...

Hmmm... betul ke tu pemikiran Melayu zaman kini macam tu? Secetek tu? Atau anak buah saya yang tak kuat semangat? Atau memang Melayu suka dengki sesama Melayu? dan macam2 lagi kemungkinan yang kita rasa...

Secara logiknya semua persoalan di atas adalah benar :)

Jadi, apa penyelesaiannya?

Sebenarnya, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Melayu ke, Cina ke, India ke, jika kita sedar asas penciptaan kita ke bumi ini, tentu kita akan dapat jawapannya...

Sama2 kita tatapi baris berikut ini:

TANPA ILMU

Tanpa ilmu, kata2ku terbatas, sebatas2nya...
Tanpa ilmu, pemikiranku sempit, sesempit2nya...
Tanpa ilmu, perbuatanku menyeksakan, seseksa2nya...
Tanpa ilmu, hatiku kelam, sekelam2nya...
Tanpa ilmu, jiwaku kotor, sekotor2nya...
Tanpa ilmu, peribadiku hina, sehina2nya...
Tanpa ilmu, siapalah aku...

Anda bagaimana ?

2 comments:

mba2u said...

Ada betulnya juga kenyataan tersebut... Mentaliti. Jika nak belajar tinggi2, bukan nak tuntut ilmu, tapi nak kerja makan gaji, rasa2nya mmg susah. Dahlah duit mak-ayah habis dibelanjakan, kerja masih tak dapat juga (dah berpuluh temuduga pergi). Berbanding dgn yg tak belajar tinggi (tak mampu dsb), tapi kerja sendiri, dah tak susahkan mak bapak, tak berhutang sana sini dan ada kerja...

Moral of the story: belajar utk cari ilmu

damia said...

Memang betul, tak syak lagi!
Sebenarnya, itulah tujuan belajar tapi tak semua yang memahaminya.
Alangkah indah jika semua faham kenapa kita perlu belajar... semuanya untuk ilmu.