Wednesday, May 10, 2006

TERIMA KASIH IBU :)


Hari ini hati saya rasa sayu saja. Barangkali hujan yang turun membuatkan hati saya tersentuh. Langsung teringat akan ibu yang telah membesarkan saya selama ini.

‘Ibu oh ibu! Jika dihitung akan bakti yang dicurahkan olehmu untuk membesarkan anak2mu tentu tak terkira banyaknya…’

Saya rasa sangat2 terharu dan tersentuh dengan segala pengorbanan yang dicurahkan ibu untuk membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Jika dikira logik akal, bagaimana hanya dengan duit pencen ayah yang sedikit, kami boleh hidup bahagia pada saat itu hingga kini.

Semua itu hanya kerana celik akal yang ibu miliki. Walaupun ibu tidak pernah bersekolah, ibu berusaha untuk menghantar kami semua belajar hingga berjaya (walaupun dulu saya ada malas2 sikit. Hehe…). Dan semua itu terjadi kerana ibu telah memilih pasangan yang betul untuk mengharungi hidup bersama walau untuk seketika. Terima kasih untuk aruah ayah yang telah memimpin ibu semasa hayat masih di badan. Semuanya tidak mampu saya luahkan dengan kata2.

Kini, giliran saya pula mencurah bakti kepada ibu. Antara sedar atau tidak, batas2 waktu yang dimiliki oleh ibu sudah agak terbatas. Usia ibu makin hari makin mengenjak. Harapnya masih ada waktu dan kesempatan untuk saya pula berbakti kepada ibu seperti mana abang2 dan kakak2 lakukan. Terima kasih kepada mereka kerana telah membantu menjaga ibu sewaktu saya masih menuntut dulu.

Saya sedar jasa yang ibu curahkan amat besar dan tidak terbalas oleh saya. Namun, saya akan berusaha dengan apa yang ada di tangan. Umur ibu dan saya juga makin hari makin meningkat. Entah siapa yang dipanggil dulu. Apa yang pasti, ibu telah memberikan contoh yang baik buat saya. Semoga saya dapat mewarisi kebaikan yang ada pada ibu. Jika tidak pun, saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti ibu. Saya ingin sangat menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan akhirat nanti. Kejayaan yang saya harapkan nanti dengan cara yang paling baik dan dihormati… bukan sebaliknya.


TERIMA KASIH IBU

No comments: