Saturday, May 20, 2006
RABUN
Rabun... Satu perkataan yang begitu sinonim dengan mata. Tetapi adakah kita tahu rabun dikategorikan kepada berapa bahagian?
Rabun secara kasarnya boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:
1) rabun jauh
2) rabun dekat dan
3) rabun silau.
Apakah beza antara ketiga2nya?
1) Rabun jauh ditafsirkan apabila seseorang tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas. Ia dikenali sebagai miopia.
Miopia
Terjadi apabila bola mata lebih panjang dari saiz biasa. Ini membuatkan imej sesuatu objek yang dilihat terbentuk dihadapan retina.
Miopia boleh terjadi pada semua peringkat umur.
Selalunya tidak mempengaruhi objek dekat yang dilihat kecuali kesalahan refraksi (power mata) melebihi -4DS. Ini kerana mata hanya mampu melihat objek dekat dengan jelas pada jarak maksima 25sm sahaja mengikut kiraan optik (tidak perlu menggunakan cermin MF untuk membetulkan miopia tinggi).
Boleh dibetulkan (bukan diubati) menggunakan bantuan optik seperti cermin mata, kanta sentuh dah LASIK.
************************************************
2) Rabun dekat terjadi apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu presbiopia dan hiperopia.
2a) Presbiopia
Terjadi apabila tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia tidak mempengaruhi penglihatan jauh anda. Penghidap terpaksa menjarakkan objek yang dilihat dari mata untuk mendapatkan kepuasan membaca.
Presbiopia selalunya bermula apabila umur mengenjak 40 tahun dan ke atas. Ini kerana kekurangan elastisiti otot mata menurun mengikut umur. Baru2 ini, terdapat kes penghidap rabun dekat yang baru berusia 13 tahun. Kes2 sebegini adalah jarang dan disebabkan faktor lain seperti kemalangan.
Rabun dekat boleh dibetulkan menggunakan cermin mata, kanta sentuh dan juga LASIK.
2b)Hiperopia
Terjadi apabila bola mata pendek dari normal. Penghidap selalunya akan berasa kabur apabila melihat objek dekat dan selalunya akan disusuli oleh sakit kepala.
Hiperopia selalunya mempengaruhi penglihatan dekat dan jauh penghidapnya. Kebanyakan mereka yang mengalaminya adalah di kalangan kanak-kanak dan dewasa.
Hiperopia lebih selesa dibetulkan menggunakan kanta sentuh berbanding cermin mata.
************************************************
3) Rabun silau dikenali sebagai astigmatisma. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatisma yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap sebarang cahaya yang dilihat terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.
Astigmatisma disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak sekata.
Boleh diubati menggunakan kanta sentuh dan cermin mata.
************************************************
SEMUA PENERANGAN DI ATAS HANYALAH SECARA KASAR SAHAJA DAN HANYA UNTUK PEMAHAMAN MEREKA YANG DILUAR DARIPADA BIDANG OPTIK MAHUPUN PERUBATAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment