Saturday, May 20, 2006

RABUN


Rabun... Satu perkataan yang begitu sinonim dengan mata. Tetapi adakah kita tahu rabun dikategorikan kepada berapa bahagian?

Rabun secara kasarnya boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

1) rabun jauh
2) rabun dekat dan
3) rabun silau.

Apakah beza antara ketiga2nya?

1) Rabun jauh ditafsirkan apabila seseorang tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas. Ia dikenali sebagai miopia.

Miopia

Terjadi apabila bola mata lebih panjang dari saiz biasa. Ini membuatkan imej sesuatu objek yang dilihat terbentuk dihadapan retina.

Miopia boleh terjadi pada semua peringkat umur.

Selalunya tidak mempengaruhi objek dekat yang dilihat kecuali kesalahan refraksi (power mata) melebihi -4DS. Ini kerana mata hanya mampu melihat objek dekat dengan jelas pada jarak maksima 25sm sahaja mengikut kiraan optik (tidak perlu menggunakan cermin MF untuk membetulkan miopia tinggi).

Boleh dibetulkan (bukan diubati) menggunakan bantuan optik seperti cermin mata, kanta sentuh dah LASIK.


************************************************

2) Rabun dekat terjadi apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu presbiopia dan hiperopia.

2a) Presbiopia

Terjadi apabila tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Ia tidak mempengaruhi penglihatan jauh anda. Penghidap terpaksa menjarakkan objek yang dilihat dari mata untuk mendapatkan kepuasan membaca.

Presbiopia selalunya bermula apabila umur mengenjak 40 tahun dan ke atas. Ini kerana kekurangan elastisiti otot mata menurun mengikut umur. Baru2 ini, terdapat kes penghidap rabun dekat yang baru berusia 13 tahun. Kes2 sebegini adalah jarang dan disebabkan faktor lain seperti kemalangan.

Rabun dekat boleh dibetulkan menggunakan cermin mata, kanta sentuh dan juga LASIK.

2b)Hiperopia

Terjadi apabila bola mata pendek dari normal. Penghidap selalunya akan berasa kabur apabila melihat objek dekat dan selalunya akan disusuli oleh sakit kepala.

Hiperopia selalunya mempengaruhi penglihatan dekat dan jauh penghidapnya. Kebanyakan mereka yang mengalaminya adalah di kalangan kanak-kanak dan dewasa.


Hiperopia lebih selesa dibetulkan menggunakan kanta sentuh berbanding cermin mata.


************************************************

3) Rabun silau dikenali sebagai astigmatisma. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatisma yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap sebarang cahaya yang dilihat terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Astigmatisma disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak sekata.

Boleh diubati menggunakan kanta sentuh dan cermin mata.

************************************************

SEMUA PENERANGAN DI ATAS HANYALAH SECARA KASAR SAHAJA DAN HANYA UNTUK PEMAHAMAN MEREKA YANG DILUAR DARIPADA BIDANG OPTIK MAHUPUN PERUBATAN.

Wednesday, May 10, 2006

TERIMA KASIH IBU :)


Hari ini hati saya rasa sayu saja. Barangkali hujan yang turun membuatkan hati saya tersentuh. Langsung teringat akan ibu yang telah membesarkan saya selama ini.

‘Ibu oh ibu! Jika dihitung akan bakti yang dicurahkan olehmu untuk membesarkan anak2mu tentu tak terkira banyaknya…’

Saya rasa sangat2 terharu dan tersentuh dengan segala pengorbanan yang dicurahkan ibu untuk membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Jika dikira logik akal, bagaimana hanya dengan duit pencen ayah yang sedikit, kami boleh hidup bahagia pada saat itu hingga kini.

Semua itu hanya kerana celik akal yang ibu miliki. Walaupun ibu tidak pernah bersekolah, ibu berusaha untuk menghantar kami semua belajar hingga berjaya (walaupun dulu saya ada malas2 sikit. Hehe…). Dan semua itu terjadi kerana ibu telah memilih pasangan yang betul untuk mengharungi hidup bersama walau untuk seketika. Terima kasih untuk aruah ayah yang telah memimpin ibu semasa hayat masih di badan. Semuanya tidak mampu saya luahkan dengan kata2.

Kini, giliran saya pula mencurah bakti kepada ibu. Antara sedar atau tidak, batas2 waktu yang dimiliki oleh ibu sudah agak terbatas. Usia ibu makin hari makin mengenjak. Harapnya masih ada waktu dan kesempatan untuk saya pula berbakti kepada ibu seperti mana abang2 dan kakak2 lakukan. Terima kasih kepada mereka kerana telah membantu menjaga ibu sewaktu saya masih menuntut dulu.

Saya sedar jasa yang ibu curahkan amat besar dan tidak terbalas oleh saya. Namun, saya akan berusaha dengan apa yang ada di tangan. Umur ibu dan saya juga makin hari makin meningkat. Entah siapa yang dipanggil dulu. Apa yang pasti, ibu telah memberikan contoh yang baik buat saya. Semoga saya dapat mewarisi kebaikan yang ada pada ibu. Jika tidak pun, saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti ibu. Saya ingin sangat menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan akhirat nanti. Kejayaan yang saya harapkan nanti dengan cara yang paling baik dan dihormati… bukan sebaliknya.


TERIMA KASIH IBU

Thursday, May 04, 2006

AAH! TAK PAYAH BELAJAR TINGGI2 ?


"Eh Dami ! Tak payah belajar tinggi2… ada duit boleh bukak bisnes macam saya…’

Biar betul ni? Apa betul ke statement kat atas?

Hmmm... Itulah kata2 yang saya dengar semasa bekerja dengan sebuah syarikat swasta (kedai cermin mata) suatu ketika dulu. Kata2 tu keluar dari mulut orang penting juga kat company tu. Masa dengar tu saya diam jer. Terkejut pun ada. Tak sangka kata2 tu lahir dari lidah seorang Melayu.

Kemudian, teringat satu peristiwa setahun sebelumnya. Pada waktu tu, anak saudara saya dan kawan2nya dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari SDAR (cuti semester). Semasa dalam keretapi, mereka bertemu dan berborak dengan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an. Tiba2 terkeluar kata2 dari mulut lelaki tadi, ‘Tak payah susah2 sekolah dik… esok, lusa, bila kerja, gaji bukannya besar sangat pun… Zaman sekarang, duit yang penting dik'. Cuti anak buah pun menjadi suram dek kata2 tadi...

Hmmm... betul ke tu pemikiran Melayu zaman kini macam tu? Secetek tu? Atau anak buah saya yang tak kuat semangat? Atau memang Melayu suka dengki sesama Melayu? dan macam2 lagi kemungkinan yang kita rasa...

Secara logiknya semua persoalan di atas adalah benar :)

Jadi, apa penyelesaiannya?

Sebenarnya, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Melayu ke, Cina ke, India ke, jika kita sedar asas penciptaan kita ke bumi ini, tentu kita akan dapat jawapannya...

Sama2 kita tatapi baris berikut ini:

TANPA ILMU

Tanpa ilmu, kata2ku terbatas, sebatas2nya...
Tanpa ilmu, pemikiranku sempit, sesempit2nya...
Tanpa ilmu, perbuatanku menyeksakan, seseksa2nya...
Tanpa ilmu, hatiku kelam, sekelam2nya...
Tanpa ilmu, jiwaku kotor, sekotor2nya...
Tanpa ilmu, peribadiku hina, sehina2nya...
Tanpa ilmu, siapalah aku...

Anda bagaimana ?

Tuesday, May 02, 2006

SEBULAN MASIH RASA PENING

"MENGAPA PAKAI SPEC LEBIH SEBULAN MASIH RASA PENING & TAK SELESA?"


"MENGAPA? MENGAPA?!!"

Adoi!! Mesti rasa sakit hati & geram bila tempah satu barang mahal tapi hasil tak setimpal...

Tak kiralah spec ke, kereta ke, rumah ke, or even makanan tak sedap pun kita complain...

Apakah kita cerewet? Or diorang (pekedai) nak duit lebih? Apa kita ni cop pitis? Macam2 lagi lah kemusykilan bermain dalam minda kita.

Hmm... Bawa bertenang, relax dan tarik nafas dalam2...

Tak pakai spec pening. Pakai spec lagi pening. Macam mana tu?

Selalunya kes sebegini terjadi kepada pemakai spec multifokal (MF). Rasa pening, mual dan sampai rasa nak pitam. Kenapa fenomenanya sampai macam tu?


Dalam entri pertama, saya menjelaskan bahawa pemakaian spek MF adalah seolah2 seperti memakai 3 spec dalam 1 masa. Pelik tapi benar. Ini kerana fokus bagi kanta MF adalah pelbagai, dan disebabkan itulah kita dapat melihat pada jarak yang pelbagai. Dan disebabkan itulah juga kita merasa bumi menjadi senget, tengok kereta tak kemek pun jadi kemek dan macam2 lagi. Betul tak?

Kenapa? Tak percaya? Mari baca lagi...

Pada cermin MF, ada 3 fokal utama iaitu titik fokal jauh, pertengahan dan dekat.


Selalunya, kedudukan titik fokal jauh mesti berada pada kedudukan yang betul. Kat mane tu? Pada pupil mata iaitu anak mata hitam kita (fokal jauh bertujuan memberikan fokus jauh yang terbaik). Bila kedudukan fokal jauh tak kena, mulalah kita rasa tak selesa, kabur, pening dan sewaktu dengannya.

Faktor2 penyebab mengapa MF tidak selesa dipakai:

1. Kecuaian dalam pemotongan cermin MF

a. Potong tak centre dan senget, bahagian kanan jadi kiri, bahagian kiri jadi kanan, bahagian reading tidak berada di tempat sepatutnya (our eyes will converge while reading) dan macam-macam lagi yang bertambah sakit kepala kita.

b. Pihak kedai dah repair. Siap bagi MF baru lagi kat kita. Diorang kata lepas 2-3 hari oklah... Tak pun seminggu... Tak pun sebulan... Depends pada tahap penerimaan individu (adaptation period)... Ish! Sebenarnya, tak perlu terlalu lama untuk sesuaikan dengan mata!

2. Material


Material murah selalunya mengambil masa yang lama untuk sesuai dengan mata.

3. Penyakit Sistemik


Ikut pemikiran kasar kita, penyakit ni macam tak mempengaruhi penglihatan. Tapi jangan tak tahu... mutu visual pesakit kencing manis (serius) akan terjejas sekiranya tahap glukose tinggi. Ini kerana mutu visual bergantung pada tahap glukose pesakit. Masa refraksi (check mata) dilakukan power lain, masa cermin diambil power lain. Begitu juga lain2 penyakit yang berbeza kesannya seperti darah tinggi, jantung etc.

4. Power


Power mata kanan dan kiri terlalu berbeza.
Contoh: Kanan: -1.00DS, Kiri: -5.00DS
Power macam contoh di atas mesti cek betul2 jika tak memang pening!!

Jika kesilapan terjadi, satu mata akan lihat objek besar, satu mata lagi objek kecil.

Banyak sebab lain lagi mengapa MF tidak selesa untuk dipakai tapi apa yang penting refraction (cek power mata) yang dilakukan adalah tepat.


Tapi jika dah berbulan dicuba dan tak selesa jugak, mana boleh!! Tak mungkin sebegitu lama... There must be something wrong somewhere...

...but MOST PROBABLY POWER yang salah !!!


Monday, May 01, 2006

RABUN .... SEPET .... CEME

Saya cuba untuk menjawab permasalahan MBA seperti dibawah (dalam tulisan biru).

MBA: LEBIH kurang setahun yang lalu, saya pergi buat cermin mata di sebuah kedai. Kita namakan sebagai kedai "A". Enam bulan selepas itu cermin mata tersebut pecah. Oleh kerana saya perlukan pengganti dengan cepat, saya pergi ke kedai "B" yang berdekatan dengan ofis. Kemudian minggu lepas saya ke kedai "A" semula nak buat cermin dan bingkai yang baru.

Kedai A (setahun lalu):

Cermin (bukan bingkai) awak ni tak bagus. Ia dari cermin yang murah. Saya cadangkan awak tukar kepada cermin jenis xxx yang bagus. Multi-coated, multi focal dan macam-macam lagi. Harga cuma RM700 saja (lensa sahaja). Jika mahu cermin (atau plastik) yang tak pecah, tambah RM200 saja. Akhirnya saya buatlah cermin yang berharga RM700 tu.

Sebelum saya menjawap permasalahan MBA izinkan saya terangkan serba sedikit tentang material kaca/plastik yang digunakan untuk membuat cermin mata di malaysia. Mungkin ada segelintir kita yang dah tahu tentang perkara ini tapi rasanya kebanyakan kita tidak mengetahui...

Material cermin mata di Malaysia kebanyakan adalah dari jenis plastik, kaca dan policarbonate. Tentu kita tertanya2 apa beza antara ketiga2nya...

a) Plastik:
Sejenis plastik khas digunakan untuk membuat cermin mata. Istilah optiknya CR39. Material jenis plastik ini berkemungkinan pecah (broke) atau retak (crack) sekiranya kita menggunakan bingkai jenis frameless (tiada bingkai) dan mudah chip (serpih) sekiranya menggunakan halfframe/rimlon (bingkai separuh).

Tetapi kebarangkalian perkara di atas terjadi adalah rendah dengan penjagaan yang teliti. Selalunya jika insiden plastik pecah atau retak terjadi, kebanyakan kedai cermin mata tidak melayan sebarang claim dari pelanggan (customer). Adalah baik sekiranya customer meneliti cermin mata yang baru dibeli/ditempah sebelum keluar dari kedai cermin mata.

Sekiranya claim tempoh kurang dari seminggu, ada segelintir kedai cermin mata masih membantu dengan penggantian cermin secara percuma tetapi tidak semua kedai yang prihatin.

b) Kaca:
Sejenis kaca khas digunakan untuk membuat cermin mata. Selalunya tidak digunakan untuk halfframe dan frameless kerana material sangat rapuh dan tidak boleh dipasang. Claim untuk cermin kaca juga adalah seperti cermin plastik yang saya terangkan diatas.

c) Policarbonate:
Policarbonate ialah plastik tahan pecah yang selalunya digunakan untuk cermin pada kapal terbang etc. Plastik jenis ini adalah teknologi paling baru diperkenalkan dalam bidang optik. Bagi customer yang membeli cermin jenis ini sebenarnya anda tidak perlu bimbang tentang insiden pecah kerana kualitinya dijamin tidak akan pecah.

Tetapi jika anda terlalu lasak sehingga cermin tak pecah pun boleh pecah (hmmm... macammana tu?), anda tak perlu bimbang... pergi saja ke kedai cermin mata yang anda telah kunjungi itu dan minta claim. Jika tempoh masih dalam warranty period (selalunya setahun), mesti tuntutan akan dilayan [tuntutan tribunal cermin mata..hehe :) ].

Sebagai seorang pengguna cermin mata yang setia, tentu dirasakan tidak adil sekiranya pengusaha kedai cermin mata tidak menerangkan serba sedikit tentang produk yang dijualnya, paling tidak sekurang2nya terangkan jenis cermin mata yang diberikan pada kita.

Kenapa kita perlu tahu? Kita sebagai pengguna ada hak bukan? Maksud saya bukanlah secara keseluruhan dan terlalu terperinci tetapi mengetahui apa yang kita perlu ketahui sahaja. Dengan kata lain, hanya bahagian kita sebagai pengguna.

************************

Dalam kes MBA, selain dari kes pecah, terdapat 2 perkara yang MBA perlu ketahui iaitu multicoated dan multifocal.

Apa beza antara kedua2nya?!! (anda fening lagi?... Jangan bimbang, saya cuba terangkan serba sedikit).

1. Multicoated (MC):

MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

Bagaimana ingin melihat lapisan MC di cermin mata anda?

Perhatikan pada bahagian atas/depan cermin mata anda, jika kelihatan warna hijau atau biru itulah yang dinamakan lapisan MC. Jika apa yang anda lihat adalah sebaliknya, bermakna cermin mata yang anda miliki adalah dari jenis biasa sahaja (ie. bukan MC).

Lapisan MC ini boleh dibuat pada semua jenis cermin termasuk plastik, kaca atau policarbonate.

Harus diingat lapisan ini adalah berbeza dari lapisan polaroid, UV400, EMI (komputer) atau lain-lain (akan diterangkan kemudian).



2. Multifocal (MF):

MF ialah jenis cermin yang digunakan untuk membantu mata anda melihat jarak jauh, dekat dan pertengahan. Sesuai bagi mereka yang banyak menggunakan komputer.

Selalunya penggunaan MF bermula apabila anda sudah memiliki masalah rabun dekat (presbiopia). Presbiopia terjadi disebabkan elastisiti otot siliari menurun disebabkan peningkatan umur (selalunya 40+).

Kenapa MF mahal?


MF adalah berbeza dari cermin mata Single Vision (yang digunakan untuk melihat pada satu jarak penglihatan sahaja) kerana MF adalah untuk melihat dari pelbagai jarak. Ia seperti seolah-olah kita menggunakan 3 cermin mata dalam satu masa. Terdapatnya perbezaan harga MF di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti cermin MF (akan diterangkan kemudian).

MBA: Kedai B (enam bulan selepas itu):

Haiya ini lens aa... murah punya. Kita orang tadak juai lagi, ini sangat murah. Kita ingat dalam RM100 saja satu. Tapi sorry kita tak ada stok lagi, mau order juga manyak lama ooo. Yang pecah hanya sebelah, tapi kena ganti dua-dua dengan jenis dan jenama yang lagi bagus. OK saya kasi lu RM500 tukar kira tukar satu pasang sekali. Esok boleh siap.

Hmmm... pelik tapi benar? Bagaimana cermin yang kita rasa mahal di kedai A bertukar menjadi murah di kedai B?! Adakah kedai A menipu kita? Atau kedai B yang menipu? Sudah tentu dua persoalan itu yang menghantui MBA...

Bagi kes MBA, eloklah sekiranya saya menjawab dari perspektif bidang saya sahaja tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.


Kebiasaannya, sekiranya cermin MF pecah hanya sebelah, ianya boleh diganti bahagian yang pecah sahaja tanpa mengganti kedua-dua bahagian dengan membuat semakan power mata pada bahagian yang pecah (jika masih boleh dilakukan) atau cek semula mata oleh optometrist (apa itu optometrist?!akan saya terangkan) melainkan kedua-dua power mata telah naik...

Jika power mata naik, penggantian kedua-dua bahagian cermin mata perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah imbangan mata dan otak sekiranya penggantian cermin mata hanya pada sebelah bahagian mata.

Terdapat perbezaan harga pada kes MBA. Kenapa? Sila rujuk kepada kepelbagaian jenis MF yang saya terangkan diatas dalam permasalahan pertama MBA tadi. Itulah sebahagian jawapan pada soalan kedua ini (detail akan saya terangkan kemudian).

MBA: Kedai A (minggu lepas):

+Berapa abang bayar untuk cermin ini?.
-RM300 saja (aku sengaja tipu...).
+Oh... mahalnya. Ini bukan multicoated. patutnya dalam RM200 saja.
-OKlah macam tu, saya nak buat frame & lens baru, saya mau yg lens RM200 tuu
+Oh... kita tak carry produk ni, ia dah outdated.
-Kalau gitu, you orderlah, lambat tak apa, saya tunggu. RM200 tu jer saya mampu
+No.... dah tak ada stok ni.

Kadang-kadang kita rasa ditipu? Apakah betul kita ditipu?

Untuk mengetahui jawapan pada masalah ketiga MBA ini, cuba lihat jawapan pada permasalahan pertama & kedua MBA tadi. Saya harap dengan jawapan itu, MBA dapat membuat rumusan sendiri.

Saya tidak dapat memberikan jawapan secara terperinci kerana saya tidak melihat apakah jenis cermin mata yang dipakai MBA ketika itu. Untuk pengetahuan MBA, setiap kedai optical mempunyai supplier yang berlainan. Setiap supplier memberi kualiti yang berlbeza, produk juga dari berlainan negara (Japan, German, China, France etc... dan ada juga dari local).

Sebenarnya, apa yang penting adalah bergantung kepada kepakaran optometris yang 'diagnose' permasalahan mata setiap pelanggan.

Walau bagaimanapun, jika MBA masih menyimpan cermin tersebut, bolehlah bawa ke kedai kami untuk pemeriksaan lanjut. Kedai kami bakal beroperasi pada:

Tarikh mula operasi:
2 Mei 2006 bersamaan 4 Rabiulakhir 1427H, hari Selasa.
Akan diumumkan sedikit masa lagi (reschedule).
11 Mei 2006 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1427H, hari Khamis.

Alamat Premis:

on mobile

Telephone: 0132516008

Setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Begitulah juga cara mereka menjalankan perniagaan. RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN-LAIN. Tetapi bila kita berusaha untuk mencari yang terbaik, Allah akan permudahkan jalan kita.

Wallahua'lam.